• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedudukan Hodak, Bacina Dalam Bahaya

oleh AK-47
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Persembahan hambar skuad Pulau Pinang bukan setakat meletakkan kedudukan ketua jurulatihnya, Nenad Bacina serta Pengarah Urusan Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Bojan Hodak dalam bahaya.

Malah, kekalahan demi kekalahan yang dialami skuad Harimau Kumbang dalam Liga Super turut memberi kesan kepada Presiden FAP, Datuk Seri Nazir Ariff Mushir Ariff.

“Sekiranya kami tersingkir, bukan hanya nasib Hodak dan Bacina dalam bahaya, kedudukan saya juga dalam bahaya,” akuinya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Nazir Ariff turut menzahirkan rasa kecewa terutamanya terhadap pemain tempatan pasukan itu yang gagal mempamerkan prestasi yang baik dan konsisten.

Mengambil contoh Muhamad Faiz Subri, beliau berkata walaupun berjaya menjaringkan gol sehingga mendapat perhatian dunia, pemain itu gagal menyerlah dalam perlawanan seterusnya.

“Kita telah memulakan saingan dengan baik, namun pemain kita gagal mempamerkan prestasi yang konsisten sehingga kita kembali ke tangga kedua tercorot liga. Pemain kita tidak ada semangat kesukanan. Kebanyakan mereka hanya mengejar ganjaran, sejujurnya saya sangat kecewa dengan mereka,” katanya.

Hodak dan Bacina serta dua pemain import, Ranti Martins and Jeong Seok-Min, dibawa oleh FAP awal Mei lepas untuk menyelamatkan Harimau Kumbang daripada tersingkir dari Liga Super.

Namun langkah itu hanya membuahkan hasil pada peringkat awal apabila Pulau Pinang berjaya menewaskan T-Team dan Kedah, serta seri 1-1 menentang Johor Darul Takzim (JDT) sehingga mendapat pujian daripada jurulatih JDT, Mario Gomez yang menganggapnya sebagai pasukan yang mantap.

Bagaimanapun, selepas seri menentang JDT, prestasi pasukan itu merudum dan tewas kepada Perak 1-4, Pahang 0-1 dan seri 1-1 dengan PDRM.

Sementara itu, Hodak ketika dihubungi berkata beliau tidak merasa tertekan dan yakin Bacina telah melakukan yang terbaik kerana berjaya mengangkat pasukan daripada hanya mengutip enam mata kepada 19 mata.

Hodak berkata pasukan itu wajib menang dalam perlawanan terakhir menentang Terengganu pada 22 Okt depan untuk memastikan Pulau Pinang tidak tersingkir daripada Liga Super.

Pulau Pinang kini berada di tangga ke-11 liga dengan 19 mata dan kegagalan memperoleh tiga mata menentang Terengganu, boleh menyaksikan pasukan itu tersingkir daripada saingan Liga Super. – BERNAMA

Tags: Bojan Hodakbola sepakPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

Perayaan ‘Hungry Ghost Festival’ Diiktiraf Warisan Negeri

03/09/2026
0

GEORGE TOWN - Perayaan Teong Guan Phor Thor yang dikenali sebagai ‘Hungry Ghost Festival' diiktiraf sebagai Warisan Negeri dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd