• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kastam Struktur Semula Jualan Rokok & Minuman Keras

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melaksanakan pengstrukturan semula jualan bagi rokok dan minuman keras serta kawalan ke atas pengecualian cukai kenderaan yang dibawa masuk di tiga lokasi Pulau Bebas Cukai iaitu Langkawi, Labuan dan Tioman bermula 1 November.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata langkah itu diambil bagi meningkatkan jumlah dan kecekapan kutipan duti/cukai di samping mengurangkan ketirisan hasil di ketiga-tiga tempat berkenaan.

“Penstrukturan semula pengendalian pulau bebas cukai tersebut supaya(penguatkuasaan) dapat dilaksanakan lebih teratur malah lebih baik dari segi kawalan ke atas barang kritikal itu (rokok dan minuman keras) dalam usaha memastikan tiada kebocoran hasil berlaku.

“Namun penduduk tempatan mahupun pelancong masih boleh membeli rokok dan minuman keras di kedai bebas cukai yang dilesenkan oleh JKDM dengan had kuantiti belian yang dibenarkan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 melibatkan 285 lantikan baharu di sini. Turut hadir Penolong Ketua Pengarah (Penguatkuasaan) JKDM, Datuk Zulkifli Yahya.

Khazali berkata JKDM akan menggunakan Sistem Semakan Kuota KBC (SSKK) bagi memantau had kuantiti belian rokok dan minuman keras pembeli di pulau berkenaan.

“Bagi urusan pembelian buat kali pertama, pembeli perlu mengemukakan MyKad bagi tujuan kemasukan data manakala untuk pembelian seterusnya mereka hanya perlu memberikan nombor MyKad kepada pegawai yang telah dilantik oleh JKDM.

“Selain itu, kami juga ingin memastikan berapa banyak penggunaan (rokok dan minuman keras) oleh penduduk tempatan dan pelancong yang berkunjung ke Langkawi kerana jika permintaan dilihat berlebihan, maka sistem yang kita buat ini (dijangka) dapat mengawal pengedarannya,” katanya.

Bagi kenderaan yang memperoleh pengecualian duti/cukai yang digunakan secara sementara di Kawasan Utama Kastam, katanya, akan dikenakan cagaran penguatkuasaan bagi kapasiti enjin 2500cc ke bawah, dalam bentuk bon am manakala bagi 2501 dan ke atas dikenakan jaminan bank pada kadar 50 peratus daripada nilai CIF.

Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk menangani tindakan sesetengah pemilik kenderaan yang gagal mengembalikan kenderaan mereka ke pulau bebas cukai itu selepas selesai tempoh 90 hari dalam setahun.

Katanya inisiatif pengubahsuaian bajet 2016 pada 28 Jan lepas tidak menjejaskan status pulau bebas cukai itu malah tidak dianggap menyusahkan rakyat kerana barang selain daripada rokok dan minuman keras adalah tidak terlibat dengan langkah kawalan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Kastamminuman kerasRokok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

Cukai Rokok: ‘Kenaikan 2 Sen Terlalu Kecil, Tidak Akan Ubah Tingkah Laku Pengguna’ – MyWATCH

11/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Tindakan Wanita Malaysia bagi Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWATCH) menggesa supaya hasil tambahan daripada duti eksais ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd