• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta Bapa

oleh AK-47
14/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Seorang kanak-kanak berusia setahun meninggal dunia dipercayai lemas di dalam kereta bapanya selepas ditinggalkan bersendirian selama lima jam di Saleng, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Supritendan Razak Md. Said berkata, bapa kepada kanak-kanak perempuan itu telah membuat laporan polis berkenaan insiden tersebut pada pukul 4.15 petang.

“Menurut lelaki itu, isterinya telah meletakkan anak mereka di tempat duduk belakang supaya dia boleh menghantar kanak-kanak itu ke rumah pengasuh yang berhampiran dengan rumah pasangan tersebut di Bandar Putra pada pukul 9.30 pagi.

“Kira-kira pukul 10.00 pagi, si bapa telah meninggalkan rumah untuk ke tempat kerjanya di Saleng, tanpa menyedari bahawa anaknya sedang berada di tempat duduk belakang,” kata Razak.

Tambah Razak lagi, pada pukul 3 petang, si bapa telah menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya yang bertanya mengapa dia tidak menghantar kanak-kanak itu ke rumahnya seperti hari biasa.

“Lelaki itu terus bergegas ke keretanya dan menemui kanak-kanak perempuan itu sedang berada dalam keadaan lemah dan dipercayai telah meninggal dunia,” terang Razak.

Razak berkata si bapa kemudiannya membawa anaknya ke Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini di mana pegawai perubatan yang bertugas telah mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

“Bedah siasat akan dilakukan pada pukul 10 pagi untuk mengenal pasti punca kematian,” tambah Razak.

Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 31(a) di dalam Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan kanak-kanak yang mengakibatkan kematian. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bahagia, 54 Tahun Menetap Di Dalam Gua

Next Post

Dua Lagi Kes Zika Dikesan Babit Adik-Beradik

Related Posts

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

31/12/2023
0

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi bahasa, bertimbang rasa dan berpekerti mulia. IKUTI...

Dua Lelaki Bergaduh Pegang Gergaji, Parang

17/11/2021
0

JAWA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan di udara bagi menghentikan perbalahan melibatkan dua penduduk di Jalan By Pass Ir...

Next Post

Dua Lagi Kes Zika Dikesan Babit Adik-Beradik

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd