• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kali Pertama Ke Laos, Obama Minum Air Kelapa Muda

oleh
09/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIENTIANE – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ketika ini berada di Laos dan ia cukup bersejarah kerana menjadi lawatan rasmi kali pertama ketua negara kuasa besar dunia itu ke negara Asia tenggara tersebut.

Beliau sebenarnya hadir selaku tetamu kehormat sempena Persidangan Kemuncak Tahunan ASEAN yang julung kali diadakan di Laos sebagai tuan rumah dan berakhir esok dengan upacara penyerahan jawatan negara pengerusi ASEAN berikutnya pula kepada Filipina.

Namun tidak sekadar sibuk dengan acara rutin penuh protokol ketat, Obama masih sempat lagi menziarahi sekumpulan mangsa yang selamat dalam 580,000 misi serangan melibatkan 2 juta bom tentera AS ketika Perang Vietnam meletus dari 1964 hingga 1973 lalu.

Susulan kunjungan itu, Obama menjanjikan bantuan berjumlah AS$90 juta atau 729 bilion kip Laos (kira-kira RM365 juta) dan dana khas itu bakal digunakan untuk membantu ratusan mangsa perang selain membiayai kerja pembersihan sisa-sisa bahan peledak tersebut.

Di samping sibuk dengan pelbagai jadual padat yang berbentuk perbincangan serius, dalam kunjungan ke negara ‘tanpa laut’ tersebut, Obama tetap lagi berpeluang ‘mencuri’ sedikit masa untuk dirinya sendiri menikmati keenakan air segar buah kelapa muda tempatan.

U.S. President Barack Obama U.S. Ambassador to Laos Daniel Clune, right, laugh with coconut vendors near the Mekong River the Luang Prabang, Laos, Wednesday, Sept. 7, 2016. (AP Photo/Carolyn Kaster)

obama3

obama5

obama4

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, peristiwa unik itu berlaku di laluan tebing Sungai Mekong di wilayah Luang Prabang pada 7 September lalu sebelum Obama dibawa mengunjungi candi purba Buddha terkenal dalam kalangan pelancong, Wat Xieng Thong.

Media menyatakan, meskipun hanya sebiji kelapa muda yang dinikmati Obama, ia sebenarnya sudah cukup untuk menjadi tanda betapa beliau benar-benar menikmati ‘percutiannya’ kali ini sebelum tempoh pentadbiran dua penggalnya berakhir pada hujung tahun ini.

Bahkan walaupun dikawal ketat oleh beberapa ejen keselamatan, beliau masih lagi rileks bergambar dengan penduduk tempatan yang turut terkejut dan berasa teruja melihat kehadiran spontan Presiden AS itu secara ‘live‘ sambil mereka bersembang ringkas sebelum beredar.

Paling unik ‘acara’ tersebut yang turut ditemani Duta AS ke Laos, Daniel Clune, berlangsung spontan tanpa dirancang dan Obama juga kelihatan sabar menyaksikan seorang peniaga wanita tekun memangkas bahagian atas kelapa sebelum air buah tropika itu diminum.

Obama begitu santai dengan memakai kaca mata hitam menghirup air kelapa di tangannya. Setidak-tidaknya beliau kembali melonggarkan urat saraf setelah letih terlibat dalam perbincangan serius bersama-sama Presiden Rusia, Vladimir Putin. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Barack ObamaLaos
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nik Aziz Tidak Akan Sertai PAN Jika Masih Hidup

Next Post

Apple Perkenal iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Related Posts

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara 3 Rakyat Malaysia Ditahan Di Laos

13/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

12/06/2025
0

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah ganja. Pemangku...

Next Post

Apple Perkenal iPhone 7 & iPhone 7 Plus

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd