• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kad Khas Kenal Pasti Bayi & Ibu Susuan – Mufti WP

oleh AK-47
26/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya.

Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu.

“Bagi saya ia amat baik kerana akan memudahkan – contohnya, ketika (seseorang anak) hendak berkahwin… apabila dibuat selidikan, rupa-rupanya dia (orang yang hendak dikahwini) adalah juga anak kepada ibu susuan. Itu adalah seperti adik-beradik yang tidak diizinkan berkahwin,” kata Zulkifli.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik ‘Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab’ sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, di sini hari ini.

Zulkifli bagaimanapun tidak menjelas lanjut pihak manakah yang perlu mengeluarkan kad berkenaan, namun berkata cadangan itu akan dibincangkan dengan beberapa pihak berkaitan termasuk hospital yang turut mempunyai peranan penting.

Dalam perkembangan lain, Zulkifli berkata perbincangan bersama Kementerian Kesihatan mengenai wanita hamil yang dijangkiti virus Zika sama ada dibolehkan menggugurkan kandungan mereka akan diadakan hujung bulan ini.

Beliau berkata perkara itu semakin mendapat perhatian untuk diteliti dengan lebih lanjut dan cadangan pengguguran itu hanyalah pendapat umum.

Katanya, ia adalah berdasarkan pendapat ahli ilmu fiqah yang lama yang seterusnya dikemukakan ramai ulama dan pihak berkuasa.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata kementerian akan berbincang dengan Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus Zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari. – BERNAMA

Tags: bayiIbu SusuanMufti WPKL
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd