• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jurutera Syarikat GLC Dibebas Dengan Jaminan RM200,000

oleh Ahmad Albab
01/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Seorang jurutera syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di sini, yang direman sejak 20 Ogos lepas bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa, dibebaskan hari ini dengan jaminan RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa cagaran.

Perintah tersebut dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Majistret, Amni Mat Jahari di sini.

Lelaki berusia 30 tahun itu sebelum ini direman bersama dua juruteknik syarikat GLC yang sama ketika memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan susulan penahanan seorang pegawai kanan GLC yang sama di Kota Baharu 15 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pegawai kanan dan dua juruteknik GLC itu yang turut ditahan reman dibebaskan dengan jaminan minggu lalu.

Pada 15 Ogos lepas, tiga individu termasuk dua bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan dalam operasi serentak yang dijalankan SPRM di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram. – BERNAMA

Tags: juruteraSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd