• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Juruteknik Tidak Mengaku Galak Keahlian Pengganas

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang juruteknik kapal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas dua pertuduhan menggalakkan keahlian dan membenarkan perjumpaan berkaitan kumpulan pengganas.

Nor Hafizy Che Meh, 39, didakwa telah menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas Islamic State (IS) di rumah beralamat lot 6846-F, Lorong Kemboja, Kampung Melayu Subang, Petaling Jaya, Selangor antara Disember 2013 hingga Oktober 2015.

Bagi pertuduhan kedua, bapa kepada tiga orang anak itu didakwa telah membenarkan perjumpaan berkaitan kumpulan pengganas di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130G(b) dan Seksyen 130H(a) Kanun Keseksaan yang kedua-duanya memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan 14 Oktober untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa dan P.Kunyalam manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fadhly Yaacob.

Pada 8 Jun lepas, Nor Hafizy didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana kesalahan tersebut tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Kes di bawah SOSMA akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini. – BERNAMA

Tags: Daeshmahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

Firdaus Wong Ucap Tahniah Kepada Barisan Guaman, Mahkamah Tolak Cabaran Terhadap Enakmen Agama Islam

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pendakwah dan aktivis sosial, Firdaus Wong Wai Hung mengucapkan tahniah kepada barisan peguam susulan keputusan Mahkamah Tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd