• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpengaruh Dengan Vaksin Alternatif

oleh Ahmad Albab
08/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin homeopati sebagai alternatif kepada vaksin konvensional yang berdaftar dengan KKM.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya hari ini turut mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan imunisasi melalui Program Imunisasi Kebangsaan daripada klinik kesihatan KKM dan klinik perubatan swasta berdaftar.

Merujuk kepada kenyataan akhbar KKM bertarikh 3 Dis 2015, beliau berkata telah dinyatakan bahawa istilah ‘vaksin homeopati’ adalah tidak diiktiraf oleh mana-mana badan homeopati antarabangsa.

“Ini adalah kerana tiada kajian saintifik yang telah dijalankan berkenaan keberkesanan vaksin homeopati untuk mencegah penyakit yang tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan,” katanya.

Dr. Noor Hisham mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas laporan Berita Harian pada Isnin, 5 Sept 2016 bertajuk ‘Waspada Vaksin Palsu’; ‘Tiada Kilang Hasil Vaksin Homeopati’ dan ‘Alternatif Ibu Bapa Antivaksin’. – BERNAMA

Tags: KKMVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd