• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Guna Super Resdong, Mujarab Resdong Plus

oleh
16/09/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Orang ramai dinasihat supaya tidak membeli dan menggunakan ubat ‘Super Resdong’ dan ‘Mujarab Resdong Plus’ kerana didapati memberi kesan buruk kepada pengguna.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata berdasarkan laporan yang diterima, kedua-dua produk itu boleh menyebabkan keradangan hati atau hepatitis, masalah fungsi ginjal, peningkatan berat badan serta ruam pada badan.

Mereka yang mempunyai stok produk itu dinasihatkan menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta merta kerana tindakan boleh diambil di bawah Akta Jualam Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau berkata mereka yang menggunakan produk itu disaran segera mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan, dan yang sudah mengambil produk itu dalam jangka masa lama dinasihatkan tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan akibat ‘withdrawal syndrome’.

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan (NPRA) di bawah Agensi Regulatori Farmasi Negara menerima tiga laporan berkaitan ‘Super Resdong’, dan satu laporan mengenai ‘Mujarab Resdong Plus’, katanya.

Dr. Noor Hisham berkata hasil ujian NPRA mendapati kedua-dua produk tersebut mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.

“Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius.

“Penggunaannya secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan samping serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing,” katanya.

Dr. Noor Hisham berkata pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.

Sementara chlorpheniramine yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam, mempunyai kesan sampingan termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan, katanya.

Kedua-dua produk tersebut yang mendakwa digunakan secara tradisional untuk melegakan resdung dan tanda-tanda kegatalan hidung tidak didaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). – BERNAMA

Tags: KKMRESDUNGubat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

Ramai Perkhidmatan Sokongan Kritikal KKM Berstatus Kontrak?

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang Ahli Dewan Negara melahirkan kebimbangan ramai pekerja perkhidmatan sokongan kritikal di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd