Saturday, October 5, 2024

Creating liberating content

Polis Johor Jejak Suspek...

JOHOR BAHRU - Polis sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kematian seorang kontraktor...

Beri Subsidi Minyak Hanya...

PETALING JAYA - Kerajaan patut mengehadkan perbelanjaan untuk subsidi minyak hanya bagi golongan...

ISN Kecewa Tindakan Penembak...

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) melahirkan kekecewaan terhadap tindakan tiga penembak...

Rakyat Gembira, Hampir Semua...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin rakyat gembira dengan...

Jadikan Aidiladha Titik Tolak Tingkatkan Pengorbanan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menjadikan Aidiladha kali ini sebagai satu titik tolak untuk terus bermotivasi dan komited dalam meningkatkan mutu serta nilai pengorbanan.

Perdana menteri berkata mereka semestinya mengambil iktibar daripada peristiwa korban yang dinukilkan di dalam al-Quran yang turut menyentuh soal kecekalan dan keteguhan hati Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S.

“Semangat inilah yang perlu kita hayati dalam mengharungi sebuah perjuangan,” katanya dalam perutusan sempena sambutan Aidiladha melalui catatan laman blog www.najibrazak.com.

Jadikan Aidiladha Titik Tolak Tingkatkan Pengorbanan

Najib menekankan bahawa ibadah korban bukan sekadar ritual yang berkala tetapi ia juga meletakkan ke dalam jiwa tentang sejauh mana pengorbanan yang perlu dilakukan kepada agama Allah S.W.T dalam menjalani kehidupan sehingga mampu mengetepikan kepentingan diri dan tuntutan peribadi.

“Pengorbanan memerlukan ketabahan dan ia harus bermula daripada diri sendiri. Inilah yang kita dipelajari daripada sirah Rasulullah S.A.W yang memberi inspirasi dan kekuatan dalam perjuangan kita dalam membangunkan negara tercinta ini,” katanya.

Najib sekali gus mengajak masyarakat untuk bersama-sama berjuang dan berkorban untuk membina masa depan negara yang lebih maju dan progresif sebagai sebuah negara Islam berteraskan maqasid syariah.


Perdana menteri seterusnya berkata beliau dan keluarga berdoa supaya jemaah haji Malaysia di Tanah Suci dapat mengerjakan ibadah itu dengan selamat dan dikurniakan haji mabrur.

“Bagi mereka yang lain, marilah kita menyertai para Hujjaj dengan doa restu, takbir, tahmid dan tahlil di samping melaksanakan ibadah korban dengan menghayati roh pensyariatannya.

“Tidak lupa juga marilah kita sama-sama mengambil peluang hari-hari yang penuh barakah ini untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan yang bertambah dan berterusan bagi negara kita yang tercinta,” kata Najib.

Umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha esok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori