• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM Kesal Mainan Politik Rafizi

oleh Ahmad Albab
06/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kesal dengan tindakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berterusan memutarbelit hal kebajikan pesara ATM demi kepentingan politik sempitnya.

Ketua Pengarahnya, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Khir Abdullah berkata, Rafizi sebelum ini pernah membuat tuduhan tidak benar terhadap Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan akhirnya berhadapan tindakan saman oleh LTAT.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM menolak sebarang campur tangan pihak luar yang cuba menangguk di air yang keruh berhubung kait soal kebajikan bakal pesara dan veteran ATM.

“Tindakan Rafizi yang kononnnya mahu menjuarai isu-isu berkaitan bakal pesara dan veteran ATM amat dikesali. Beliau tiba-tiba muncul tahun ini dan bertindak populis dengan membuat pelbagai kenyataan tidak berasas.

“Kali ini beliau muncul lagi dengan bermacam-macam tuduhan. JHEV tidak akan melayan sebarang individu yang cuba memutar-belit isu demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamad Khir berkata, ATM sentiasa menjaga dan mengutamakan aspek kebajikan setiap bakal pesara dan veteran ATM termasuk dengan mewujudkan “One Stop Centre (OSC)” bagi mengurus dan menangai isu-isu yang dihadapi bakal pesara dan veteran ATM termasuk dalam soal pembayaran ganjaran, faedah dan pencen.

Menurutnya, OSC ditubuhkan di pejabat Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM di setiap negeri di seluruh negara berkuatkuasa 6 September 2016.

Katanya, bakal pesara dan veteran ATM tidak lagi perlu hadir ke Kuala Lumpur untuk melakukan sebarang urusan kerana mereka boleh merujuk terus ke OSC berhampiran.

Jelasnya, OSC berperanan sebagai medium perhubungan di antara bakal pesara dan veteran ATM dengan Jabatan Rekod dan Pencen (JRP), Urusan Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan LTAT.

“Saya memohon semua bakal pesara dan veteran ATM yang menghadapi apa jua bentuk permasalahan atau lain-lain urusan berkaitan untuk hadir ke OSC.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM berjanji akan mencuba sedaya upaya untuk mengenal pasti punca setiap permasalahan yang dihadapi sekali gus membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar yang segera,” katanya.

Rafizi sebelum ini menggugut beliau akan menjelajah ke kem tentera utama seluruh negara bagi menghasut anggota dan pesara ATM supaya membenci UMNO kerana bimbangkan nasibnya yang akan diputuskan oleh mahkamah dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Beliau berhadapan saman oleh LTAT kerana menyebarkan dakyah berhubung pembayaran gratuiti kepada anggota tentera yang telah tamat perkhidmatan. – Mynewshub.cc

Tags: Rafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd