• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Gajet, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANK Negara Malaysia (BNM) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa terdapat laporan melibatkan wang kertas not RM100 mereka digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan pemalsuan.

Berdasarkan kenyataan terbaharu yang dikeluarkan di laman sosial, BNM sebagai pihak yang bertanggungjawab sedang menjalankan siasatan terperinci dan memantau kes tersebut yang dipercayai didalangi oleh sebuah sindiket.

BNM kini berkerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan segera bagi memberkas mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah ini.

Menurut siasatan, wang kertas not RM100 palsu itu didapati berkualiti rendah dan boleh dikenal pasti melalui cetakannya yang kurang bermutu serta ciri-ciri keselamatan tiruan yang digunakan.

Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu

Justeru itu, pihak BNM menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada polis dengan segera sekiranya mempunyai atau menerima wang kertas palsu tersebut.

Untuk mengenal pasti sama ada wang kertas adalah tulen atau palsu, sila perhatikan dan periksa ciri-ciri penting berikut merangkumi empat aspek iaitu ‘Rasa, Lihat, Padan dan Periksa‘ yang terdapat pada wang kertas.

(i) Rasa pada wang kertas dan bezakan kualiti serta ciri cetakan yang timbul pada wang kertas.

  • Wang kertas tulen menggunakan substrat (bahan) bermutu tinggi dan oleh itu ia adalah unik berbanding dengan kertas biasa.
  • Anda disarankan supaya memeriksa ciri cetakan timbul yang terdapat pada potret di wang kertas dan pada angka denominasi dan teks.

(ii) Pegang dan halakan wang kertas ke arah cahaya lampu putih dan perhatikan ciri-ciri berikut.

  • Potret tiga dimensi DYMM Yang di-Pertuan Agong pertama kelihatan lebih terang dan nyata berbanding dengan warna kertas di sekitarnya. Potret ini akan kelihatan tanpa garis-garis yang jelas.
  • Tanda pandang telus  reka bentuk grafik pada bahagian depan dan belakang wang kertas akan kelihatan selari dan membentuk imej corak dan numeral yang lengkap.
  • Benang keselamatan dengan ciri teks mikro yang dijalin secara bersulam pada wang kertas.

(iii) Sengetkan wang kertas untuk melihat ciri warna dan corak yang berubah-ubah pada jalur holografik dan benang keselamatan.

  • Benang keselamatan kanta mikro bagi wang kertas RM100 akan dapat dilihat apabila wang kertas disengetkan di bawah cahaya terang.

(iv) Semak wang kertas dengan menggunakan kanta pembesar atau lampu sinaran UV.

  • Hanya mempunyai dua elemen warna fluorescent, manakala teks, logo dan jalur fiber akan berwarna kemerahan, kekuningan dan kebiruan dibawah pencahayaan UV.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri wang kertas Malaysia, orang ramai turut digalakkan untuk memuat turut aplikasi My Ringgit di Apple Store atau di Google Play.

Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu

Isu Wang Kertas RM100 Palsu & Apa Yang Netizen Perlu Tahu

Aplikasi ini menyediakan panduan interaktif dan ciri-ciri keselamatan mata wang Malaysia merangkumi piawai kualiti bagi mata wang malaysia, nasihat umum dan maklumat tambahan berkaitan ringgit.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di pautan www.bnm.gov.my. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bank Negara MalaysiaRM100Wang kertaswang palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Eain Yow Intai Gelaran Remaja Asia

Next Post

PM Ucap Tahniah Kejayaan Atlet Skuasy Universiti Dunia

Related Posts

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

Wanita Dipenjara Miliki Wang Palsu, Dua Rakan Mengaku Tidak Salah

30/03/2023
0

Georgetown : Pekerja kedai pakaian dihukum penjara 10 bulan kerana memiliki wang palsu bernilai RM1,860 oleh Mahkamah Majistret di sini,...

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

BNM Keluarkan Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun RELA Ke-50

23/12/2022
1

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang...

Next Post

PM Ucap Tahniah Kejayaan Atlet Skuasy Universiti Dunia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd