• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isteri Sebak Terima Ijazah Bagi Pihak Arwah Suami

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG MALIM – Istiadat Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-18 sepatutnya menjadi hari yang menggembirakan buat mana-mana isteri apabila suami tercinta menerima Ijazah Doktor Kehormat.

Sebaliknya, Nazihah Che Ismail, 40, dengan penuh sebak menerima Ijazah Doktor Kehormat Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) bagi pihak Allahyarham suaminya Anwar Zakaria yang meninggal dunia, Mei 2015 akibat penyakit Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

“Sepatutnya hari ini saya duduk di bahagian tempat duduk tetamu dan melihat sendiri suami menerima ijazah ini, tetapi sebaliknya. Saya terima takdir ini dengan tabah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima ijazah itu daripada Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Nazihah yang merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim, Kuala Lipis berharap ketiga-tiga anaknya mengambil semangat ayah mereka yang berusaha walaupun berperang dengan penyakit.

Anwar yang juga pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang meninggalkan tiga anak berusia lima hingga 10 tahun.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja, Mohammad Faizol Mohamed Khan 23, berkata pembahagian masa antara pelajaran dengan aktiviti luar kelas merupakan rahsia kejayaannya.

“Malah peranan keluarga dan sahabat juga sangat penting bagi saya meneruskan agenda bagi menaikkan nama UPSI ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang menamatkan pengajian dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Bahasa Melayu).

Sementara itu, seorang lagi penerima anugerah sama, Chan Weng Hong, 23, berbangga kerana dapat membuktikan anak peniaga nasi lemak boleh mencapai keputusan cemerlang.

Menurut pemegang Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk (Animasi) dari Rawang, Selangor itu, beliau tidak menyangka akan menerima anugerah ter­tinggi tersebut kerana sasaran utama­nya hanya menamatkan pengajian dalam kelas pertama.

Jelas anak bongsu dari empat beradik itu, rahsia kejayaannya adalah pengurusan masa dan tidak menyiapkan sebarang tugasan pada saat-saat akhir.

“Saya dapati ramai kawan-kawan suka buat kerja ‘last minute’ dan sebenarnya ia sangat tidak bagus kerana anda boleh memperbaiki lagi bahagian mana yang salah jika anda siapkan kerja itu awal-awal,” katanya. – BERNAMA

Tags: ijazahkonvokesyenUPSI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

‘Hanya Ada RM8K Masa Nikah Mizz Nina’ – Kisah Noh Viral

Next Post

Anak Billionair Beli Lapan iPhone 7 Untuk Anjingnya

Related Posts

UPSI Tidak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan Dong Zhong

UPSI Tidak Pernah Jalinkan Hubungan Dengan Dong Zhong

17/05/2024
2

Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan kerjasama dengan Persatuan Dong Zhong. IKUTI CHANNEL...

UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

UPSI Digesa Berperanan Tawar Kursus TVET Tahap Tinggi

21/07/2023
0

TANJUNG MALIM : Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) boleh berperanan dalam menawarkan kursus Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)...

Next Post

Anak Billionair Beli Lapan iPhone 7 Untuk Anjingnya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd