Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Ribut Petir, Hujan Lebat...

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) sebentar tadi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat...

Kuda ‘Ceroboh’ Ibu Pejabat...

WINSFORD, Britain – Beberapa anggota polis di ibu pejabat polis di Cheshire di...

Telco Ikrar Laksana Formula...

KUALA LUMPUR - Sektor industri telekomunikasi menyokong keputusan kerajaan mengenakan Cukai Barang dan...

Wanita Warga Kenya Maut...

NILAI - Seorang wanita warganegara Kenya maut apabila kenderaan yang dinaiki bersama kakaknya...

Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

TAHNIAH kami ucapkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang telah pun sah bergelar suami kepada pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Norashikin Abdul Rahman, pada 31 Ogos lalu.

Dalam pada itu, pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai identiti wanita yang berjaya ‘mencuri’ hati baginda ini, bukan?

Norashikin, 45, berasal Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.

Baca: Sultan Selangor Selamat Nikah Pembaca Berita RTM

Lagi: Ucapan ‘Sweet’ Raja Muda Rai Pernikahan Ayahanda

Juga: Netizen Kagum Kecantikan Isteri Sultan Selangor

Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

Ini Biodata Isteri Sultan Selangor, Norashikin

Terdahulu, Norashikin pernah mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan seorang juruterbang Etihad Airlines, namun perkahwinan itu tidak bertahan lama.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Nur Amanda, 17; dan Adam Salleh, 14.


Sebelum bergelar pembaca berita RTM, Norashikin juga merupakan bekas pramugari syarikat penerbangan kebangsaan MAS.

Untuk rekod, Norashikin pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2005 (ASA2005).

Setakat ini pihak Istana Selangor belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gelaran rasmi protokol untuk Norashikin.

Bagaimanapun pada kelaziman, suri kepada Sultan Selangor diberi gelaran Yang Teramat Mulia Puan Besar Selangor sebelum ditabalkan sebagai Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori