• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Idam Watak Lelaki Melayu, Daler Dalami Bahasa

oleh AK-47
07/09/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ramai yang masih belum lagi mengenali pelakon baharu yang juga model tempatan, Daler Yusuf Muhammad berusia 24 tahun ini.

Jejaka berdarah Melayu-Uzbekistan yang mula menempatkan diri di dalam arena seni tanah air sejak berusia 19 tahun menerusi beberapa drama dan filem.

Dalam usaha mengembangkan bakat lakonannya, Daler mahu mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa kebangsaannya supaya lebih fasih.

Idam Watak Lelaki Melayu, Daler Dalami Bahasa Kebangsaan

Idam Watak Lelaki Melayu, Daler Dalami Bahasa Kebangsaan

Menurut pemuda ini kepada BH Plus, dia tidak mengikuti mana-mana kelas tetapi hanya mempelajarinya menerusi pembacaan dan pertuturan bersama rakan.

“Saya tidak mahu menjadikan kelemahan berbahasa Melayu sebagai alasan cuma diberikan watak darah campuran atau luar negara. Kalau boleh, saya nak bawa watak Melayu.

“Jadi saya kena lancarkan bahasa Melayu. Saya rasa, soal wajah juga bukanlah penghalang. Lihat saja pelakon berdarah kacukan lain seperti Juliana Evans dan Siti Saleha. Mereka diterima baik kerana fasih berbahasa Melayu,” jelasnya.

Walaupun kurang fasih berbahasa Melayu, jejaka tampan ini tidak putus-putus mendapat tawaran berlakon. Antara drama dan filem lakonannya adalah Tuan Anas Mikael dan Lip Lap Raya.

Manakala perkembangan terbaharu pelakon ini, dia bakal terbabit dengan penggambaran filem Santorini bergandingan dengan Niena Baharun.

Filem yang akan memulakan penggambaran pada Oktober depan di Greece dan United Kingdom. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bahasa MelayuDaler Yusof
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

Laluan UEC Ke IPTA Tidak Akan Terbatas Kepada Kursus Bahasa Sahaja

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lepasan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dibenarkan memasuki institusi pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd