• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibu Bapa Jangan Ambil Mudah Ancaman Daesh

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ibu bapa diminta tidak mengambil mudah terhadap ancaman kegiatan militan Daesh terutama ke atas anak mereka yang belajar di luar negara, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata pelajar terbabit dikhuatiri menjadi sasaran militan Daesh kerana mereka berada jauh daripada pemantauan keluarga masing-masing.

“Sekiranya mereka bercuti panjang, kita (ibu bapa) sepatutnya mengambil tahu ke mana mereka pergi dan apa yang mereka lakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh di sini, hari ini.

Majlis perasmian persidangan tersebut disempurnakan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh, turut bimbang kerana Mara mempunyai ramai pelajar tajaannya di luar negara.

Sementara itu, mengulas pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, Annuar yang juga Ketua Penerangan UMNO berkata sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), banyak pihak akan cuba meraih perhatian untuk kepentingan masing-masing.

Beliau berkata apa yang penting bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN) ialah terus membina kekuatan termasuk memperkukuhkan perpaduan, bagi berhadapan dengan pakatan pembangkang pada PRU14. – BERNAMA

Tags: BapaDaeshIbu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd