• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hina Mufti Perak: NGO Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

oleh
02/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI) digesa membuat permohonan maaf secara terbuka dan menarik balik penghinaan terhadap Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.

Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP), Khairilamri Abdul Rahman berkata sekiranya tiada permohonan maaf daripada dua NGO terbabit, pihaknya serta NGO Islam lain akan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran bagi menentang tindakan itu.

“NGO Islam akan melakukan demonstrasi bagi mengingatkan mereka bahawa inilah tanda permulaan NGO yang cuba mencalarkan imej Islam dan meminta supaya NGO ini dihadapkan ke mahkamah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, KPIP, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Anak Muda Islam (PAMI) dan Makarimul Akhlak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kebiadaban NGO terbabit menamakan Dr. Harussani sebagai pemenang anugerah kategori ‘menghina intelektual’ dalam sebuah majlis anugerah ‘Aiyoh Wat Lah’ di Petaling Jaya.

Khairilamri berkata tindakan dua NGO terbabit adalah detik permulaan provokasi melampau untuk menggusarkan umat Islam.

“Saya tidak melihat Tan Sri Harussani, tapi saya melihat kepada Institusi Mufti Perak itu sendiri atas penghinaan yang diberikan dan saya juga merasakan bahawa umat Islam pada hari ini harus bangkit, jangan biarkan kebiadaban itu terus berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong mengesahkan menerima laporan itu. – BERNAMA

Tags: Dr Harussani ZakariaGEIJAGMufti Perak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Allahyarham Tokoh Islam Dihormati, Disayangi – Sultan Perak

01/06/2021
0

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang...

“Kekal Jawatan Mufti Hingga Akhir Hayat”

31/05/2021
0

IPOH - Allahyarham Tan Sri Dr Harussani Zakaria pernah beberapa kali menyuarakan hasrat menamatkan perkhidmatan sebagai Mufti Perak untuk memberi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd