• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harakahdaily Tolak Penyelesaian Saman Fitnah Dengan Najib

oleh Ahmad Albab
26/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akhbar rasmi PAS Harakahdaily telah menolak tawaran bagi penyelesaian saman fitnah difailkan terhadapnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung 1Malaysia Development Berhad.

Peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun ketika dihubungi, mengesahkan menerima surat daripada Harakahdaily Khamis lepas menyatakan bahawa ia menolak cadangan penyelesaian saman itu.

“Tetapi untuk menyatakan kes itu akan dibicarakan adalah terlalu awal kerana terdapat dua rayuan berkaitan yang menunggu di Mahkamah Rayuan,” kata beliau.

Beliau berkata perkara itu dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini dan dikeluarkan dari senarai kes mahkamah dan dijadualkan semula ke 1 Disember.

Ini kerana Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif mengetuai sebuah panel mahkamah di Kuching, Sarawak.

Hakim Wan Rohimi Wan Daud yang mewakili pengarah urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakob dan ketua pengarang Harakahdaily, Taufek Yahya berkata anak guamnya mahukan kes itu dibicarakan sepenuhnya.

“PAS telah menolak tawaran penyelesaian,” kata beliau.

Wan Rohimi juga mengesahkan beliau telah menerima faks daripada pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan minggu lepas memberitahunya bahawa tarikh pengurusan kes dijadualkan hari ini telah dijadualkan semula ke 1 Disember.

“Pada 1 Disember, kami akan memberitahu mahkamah bahawa anak guam kami telah menolak tawaran penyelesaian dan mahkamah akan menetapkan tarikh lain bagi mendengar rayuan,” katanya.

Beliau berkata mereka telah memberitahu peguam Najib tentang keputusan itu. Satu daripada rayuan ialah berhubung penolakan Mahkamah Tinggi pada 7 April tahun ini pada permohonan Najib bagi meminda kenyataan tuntutan untuk memasukkan kenyataan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Satu lagi terhadap penolakan Mahkamah Tinggi pada 23 Mei tahun ini pada permohonan Najib bagi saman itu diputuskan atas poin undang-undang tanpa diadakan perbicaraan penuh.

Perdana Menteri menyaman Dr. Rosli dan Taufek berhubung artikel bersifat fitnah oleh Rosli dan diterbitkan pada 19 Februari, 2015.

Pada Jun tahun ini, Najib dan Harakahdaily membayangkan yang mereka mengkaji kemungkinan menyelesaikan saman berkenaan. – BERNAMA

Tags: HarakahNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd