Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Empat Anggota...

BUKIT MERTAJAM - Empat anggota geng ‘Man Kuda’ yang telibat dalam kegiatan curi...

PDRM Kaji Kelemahan Pemohonan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengumpul maklumat dan membuat analisis...

Mangsa Banjir Tak Berenggang...

DUNGUN - Seperti kisah 'Marry And Her Little Lamb', Fatin Ridzuan mempunyai kambing...

Najib Kutuk Keganasan Di...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden letupan...

Hadapi Cauvinis Cina Yang Menghina Kematian Haron Din

Banyak Melayu Islam yang gilakan kesederhanaan dan liberalisme sebenarnya telah pun ‘mati’ lebih awal.

Yang hidup hanyalah kemahuan mereka terhadap ideologi perpaduan silang agama dan kaum dengan fahaman dungu tanpa mempedulikan soal maruah Islam dan Melayu.

Bagi golongan ini, apabila Jeff Ooi menghina kematian Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din, tindak balas agresif orang Melayu Islam terhadap perbuatan itu dianggap sebagai emosional dan tidak matang.

“Apa besar sangat salah Jeff Ooi. Sidek Kamiso pun kutuk Haron Din,” kata seorang Melayu penyokong Jeff Ooi.

Sidek memuat naik tweet mengkritik Dr. Haron Din sebagai penjual air jampi yang akhirnya mendapatkan rawatan penyakitnya di hospital moden di Amerika Syarikat.

Kenyataan Sidek dipost semula oleh Jeff Ooi bersama kenyataan sinis di twitternya. Jeff Ooi membahaskan takziahnya dengan ‘adios’. Kata selamat tinggal dalam bahasa Sepanyol yang dianggap tidak beradab.

Sikap pendokong ideologi perpaduan ala jenis ini membuatkan kita terkedu.

Idea kesederhaannya apa? Kenapa perlu sampai ke tahap kebulur perpaduan, sampai kata-kata hinaan pun ditoleransikan?

Takkan atas nama demi berbaik-baik dan mimpi perpaduan kuasa kononnya, sampai nak berdakap seranjang sampai perlu mencium ketiak Cina.

Perlukah jadi seteruk itu?

Kelam mata puak toleransi ini menganggap umat Islam sebagai melenting. Bagi mereka, kata-kata ‘adois… let there be peace’ hanya isu remeh?

Jeff Ooi sah berniat sarkastik. Bukankah kenyataan itu ditweet bersama tweet Sidek yang jelas berniat menghina Dr. Haron Din?

Rupanya ramai Melayu Islam sudah mati jiwa dan akalnya walaupun berlagak hidup dengan bergerak di jalanan.


Apa pun tahniah kepada ramai tokoh politik, agamawan, cendikiawan, NGO dan individu yang bangkit bersatu menyuarakan bantahan terhadap kenyataan Jeff Ooi.

Cina totok macam Lim Guan Eng pun mengkritik kenyataan Jeff Ooi sebagai tidak sensitif, tidak mewakili Dap.

Jadi, Melayu Islam jenis apakah yang memandang remeh dengan isu ini?

Sukar dibahasakan!

Kesederhaan dan kematangan bukan bererti kita perlu berdiam dan berlagak cool dalam semua hal. Terlalu cool barangkali boleh menjadi istilah bawah sedar bagi kebodohan yang tidak berpangkal.

Bagi yang bodoh: Anda sudah lama mati dalam cool!

Kita boleh berbeza aras dalam politik. Tetapi agama dan nilai-nilainya tidak wajar dibezakan oleh politik bagi tujuan untuk dihina. Kalau pun kita kebulur sangat nak cium ketiak Cina janganlah sampai ke situ jadinya.

Tidak ada hebatnya menjadi orang yang cool – kalaulah sampai kita kena berlagak macho apabila agama dihina!

Rapatkan Saf. Inilah yang kita pelajari apabila agama dan bangsa dihina. Kecuali bagi yang mabuk ketiak Cina bernama Jeff Ooi.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori