• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Sekolah Bebas Tuduhan Cabul Murid

oleh AK-47
30/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang guru sekolah rendah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang murid perempuan berusia 12 tahun, pada Mac tahun lepas.

Majistret Mohd Azhar Hamzah membebaskan Muhammad Akhir Bakar, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mengemukakan keraguan munasabah di akhir kes pendakwaan.

Mohd Azhar berkata tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil membela diri kerana pendakwaan gagal memanggil beberapa saksi penting untuk menyokong keterangan mangsa.

Mahkamah turut mendapati berlaku percanggahan ketara keterangan antara saksi-saksi yang telah dipanggil.

Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap kanak-kanak itu dengan niat hendak mencabul kehormatannya di Bengkel Kemahiran Hidup sekolah rendah tempat dia mengajar di sini, kira-kira 12 tengah hari, 31 Mac 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif manakala tertuduh diwakili peguam Zuhair Ahmad Zakuan dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim. – BERNAMA

Tags: Guru sekolahkes cabul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

Pelajar OKU Dakwa Dicabul Rakan Sekelas Dalam Tandas

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) mendakwa dicabul oleh rakan sekelasnya di dalam tandas sebuah sekolah menengah...

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

Cabul Anak Saudara, Bapa Tiga Anak Dipenjara 20 Tahun, Empat Sebatan

05/11/2025
0

SEREMBAN: Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd