• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gugur Janin Kerana Zika Masih Pandangan Individu

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pandangan beberapa orang mufti bahawa wanita hamil yang dijangkiti virus zika dibolehkan menggugurkan janin yang belum mencapai usia 120 hari, adalah pandangan bersifat individu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata perkara itu harus dibincangkan di peringkat jawatankuasa fatwa negeri-negeri dan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia terlebih dahulu sebelum difatwakan.

“Ada pandangan yang telah disuarakan dan selagi pandangan itu belum bersifat fatwa kita tunggulah sehingga muzakarah membincangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Mahkamah Syariah di sini hari ini.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilaporkan sebagai berkata bahawa tindakan menggugurkan janin boleh diambil jika janin yang kekal hidup akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga dan ahlinya.

Pandangan itu turut dipersetujui Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad yang berpendapat pengguguran janin adalah harus jika risikonya disahkan oleh pakar perubatan dan dengan persetujuan ibu dan bapa.

Susulan itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Majlis Fatwa Kebangsaan membincangkan pandangan mufti tersebut bagi mencapai kata sepakat berhubung hukum menggugurkan janin bagi ibu dijangkiti virus Zika.

Mengenai MoU itu, Asyraf Wajdi berkata kerjasama itu melibatkan skop latihan, kajian dan penyelidikan dalam bidang perundangan serta kemudahan bagi menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran bagi kakitangan JKSM.

“Ini merupakan kerjasama mustahak dalam usaha kerajaan untuk meningkatkan keupayaan dan meneruskan agenda memartabatkan sistem kehakiman syariah negara,” katanya. – BERNAMA

Tags: Asyraf WajdiZika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Timbalan Pengarah Kewangan DBKL Dituduh Rasuah RM4j

Next Post

Semua Kaunter Pasport UTC Tutup Sempena Aidiladha

Related Posts

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

‘UMNO Tiada Kaitan Dengan Wang Tunai, Jongkong Emas Dirampas SPRM’ – Asyraf Wajdi

06/03/2025
2

KUALA LUMPUR: UMNO menegaskan, parti itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan sejumlah besar wang tunai dan jongkong emas di...

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

Peratusan Keluar Mengundi Rendah Petanda Positif Buat Kerajaan? -Asyraf Wajdi

12/08/2023
0

PETALING JAYA : ‘Apakah ada petanda positif untuk Kerajaan Perpaduan?’ (Ada rancangan nak melancong…atau ada kawan-kawan dan keluarga nak berbuat...

Next Post

Semua Kaunter Pasport UTC Tutup Sempena Aidiladha

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd