• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPMS Lancar Tabung Bantu Pelajar Malaysia Di Mesir

oleh Ahmad Albab
30/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan melancarkan tabung bantuan bagi membantu pelajar Malaysia di Mesir yang berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran.

Timbalan Presidennya, Ezaruddin Abd Rahman berkata GPMS mengharapkan keprihatinan rakyat Malaysia termasuk syarikat korporat dan swasta bagi menjayakan tabung yang akan dilancarkan pada 7 Okt ini.

“Kami amat prihatin dengan nasib pelajar-pelajar cemerlang daripada keluarga kurang mampu ini dan diharapkan inisiatif murni ini akan membantu menyelesaikan kemelut yang dihadapi mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan kira-kira 150 pelajar Malaysia dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi di Mesir bakal berdepan penyingkiran ekoran kegagalan membayar tunggakan yuran pengajian yang mencecah jumlah RM4.5 juta.

Semalam, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dilaporkan berkata kerajaan akan menawarkan dua pakej bantuan bagi membantu pelajar tersebut iaitu pinjaman kewangan bagi pelajar tahun akhir yang cemerlang dan selebihnya akan dibantu melalui tabung dengan kerjasama GPMS.

Ezaruddin berkata GPMS melalui setiausaha agungnya, Mohd Alif Anas telah mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar terlibat di Mesir bagi mendapatkan maklumat dan mendapati masalah ini amat serius dan perlu ditangani segera.

“GPMS yakin melalui sumbangan ini mampu membantu menyelesaikan masalah dan memberi kelegaan kepada ibu bapa yang ketika ini risau tentang masa depan anak mereka di Mesir.

“GPMS berharap agar semua pihak termasuk seluruh rakyat Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dapat bersama-sama menjayakan kutipan tabung yang akan digerakkan di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu, bagi mereka yang berminat memberi sumbangan kepada tabung ini boleh menyalurkannya melalui TABUNG PENDIDIKAN PELAJAR MALAYSIA ke akaun Bank Islam 14162011001958 atau Bank Simpanan Nasional (BSN) 1410041000271292. – BERNAMA

Tags: GPMSMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

Runtuhan Kota Purba 2,000 Tahun Ditemui Di Mesir

27/08/2025
0

ISKANDARIAH: Pihak berkuasa Mesir pada Khamis lalu mengumumkan penemuan bahagian kota purba yang tenggelam di perairan Iskandariah, termasuk serpihan bangunan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd