Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

2 Pemain EPL Dituduh...

SEBUAH pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris menjadi perhatian kerana dua pemain bintangnya...

2 Lelaki Disyaki Penagih...

KANGAR - Dua lelaki disyaki penagih dadah ditahan kerana memiliki dadah syabu dan...

Penjara 6 Bulan Balasan...

KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan...

Kajian Dapati 4.4% Guru...

KUALA LUMPUR - Sebuah kajian yang dijalankan Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan...

Gerakan Perlu Terus Berjuang Demi Kebaikan Parti

GEORGE TOWN – Anggota parti Gerakan di Pulau Pinang diingatkan supaya meningkatkan keyakinan dan berjuang demi kebaikan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Kong berkata Gerakan merupakan parti pelbagai kaum terbaik di negara ini.

Beliau berkata negara hanya akan menjadi kuat jika semua kaum bersatu padu sambil menyelar sesetengah pihak yang menggunakan sentimen kaum dan agama untuk memecahbelahkan rakyat.

“Jangan biarkan agenda sedemikian meresap di dalam parti kita memandangkan kita merupakan sebuah parti untuk semua kaum,” katanya semasa berucap merasmikan persidangan perwakilan Gerakan negeri di sini hari ini.

Mah juga menegaskan bahawa kekuatan parti bergantung kepada sokongan di peringkat akar umbi sambil melahirkan rasa bangga untuk melihat apa yang telah dilakukan parti itu sejak beberapa tahun ini selepas hilang kuasa dalam pentadbiran negeri.

Mah turut membidas kerajaan negeri sekarang kerana begitu sombong dan hipokrit dan pada masa sama gagal dalam politik, dasarnya dan kepada rakyat.


Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pemangku pengerusi Gerakan negeri Oh Tong Keong kerana mendedahkan kejadian rasuah yang didakwa membabitkan keluarga seorang anggota Dewan Undangan negeri (ADUN) DAP.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes itu yang didakwa membabitkan “duit kopi” untuk pembelian rumah mampu milik di negeri ini.

Sebelum itu, pengerusi Gerakan negeri Teng Chang Yeow memperkenalkan 30 muka baharu generasi muda yang akan menyertai parti itu termasuk seorang profesor universiti Islam tempatan, beberapa orang peguam, doktor dan ahli perniagaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori