• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gemuk Sangat Punca Risiko 8 Jenis Barah

oleh
12/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIAMI – Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko barah di dalam perut dan saluran-saluran pencernaan serta ketumbuhan otak dan pembiakan tumor tertentu.

Itulah dapatan para pengkaji antarabangsa dalam Jurnal Perubatan New England, yang juga menambah lagi lapan jenis barah ke dalam senarai yang diketahui biasanya terdapat di kalangan mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Pada tahun 2002, Agensi Antarabangsa bagi Kajian Barah (IARC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang berpangkalan di Perancis, menyatakan berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan risiko barah usus besar, esofagus, buah pinggang, payudara dan rahim.

Kini, agensi tersebut menambah perut, hati, pundi hempedu, pankreas, ovari dan tiroid serta sejenis ketumbuhan otak yang dikenal pasti sebagai meningioma dan juga barah darah berganda myeloma, menurut laporan tersebut.

Para pengkaji menyemak semula lebih 1,000 kajian yang pernah dijalankan berkaitan berat badan berlebihan dan risiko barah, sambil berkata bahawa menghadkan kenaikan berat badan selama bertahun-tahun dapat membantu mengurangkan risiko barah-barah tersebut.

“Barah yang dialami akibat berat badan berlebihan atau masalah kegemukan adalah lebih meluas daripada apa yang disangkakan sebelum ini,” kata Pengerusi Kumpulan Bekerja IARC, Dr. Graham Colditz dari Sekolah Perubatan St. Louis di Universiti Washington.

“Ramai yang belum menyedari bahawa kebanyakan daripada barah yang baru dikenal pasti itu ada kaitan dengan berat badan yang berlebihan.”

Barah lazimnya muncul tanpa ada sebarang penjelasan. Puncanya boleh termasuk virus-virus, pencemaran, faktor-faktor genetik dan radiasi.

Gemuk Sangat Punca Risiko 8 Jenis Barah

Gaya hidup tertentu seperti merokok dan berat badan yang berlebihan juga boleh menambah risiko seseorang menghidap barah.

Sekitar sembilan peratus barah dalam kalangan kaum wanita di benua Amerika Utara, Eropah dan rantau Timur Tengah dipercayai berkaitan masalah kegemukan, menurut laporan tersebut.

Lemak yang berlebihan boleh menyebabkan keradangan dan penghasilan estrogen, testosteron dan insulin yang berlebihan – semunya boleh meningkatkan pertumbuhan barah, menurut kajian itu lagi.

Sekitar 640 juta orang dewasa dan 110 juta kanak-kanak di merata dunia mengalami masalah kegemukan.

“Gaya hidup seperti mengamalkan diet yang betul, mengekalkan berat badan yang sihat dan bersenam serta tidak merokok, boleh memberi kesan yang besar dalam mengurangkan risiko barah,” kata Dr. Colditz.

“Ini merupakan satu lagi peringatan. Inilah masa untuk kita menjaga kesihatan dan diet secara serius.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: barahwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

AS Tolak Pindaan Peraturan Kesihatan WHO

19/07/2025
0

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan...

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

Lebih 7.2 Juta Orang Terutama Kanak-kanak Berisiko Lemas Menjelang 2050 – WHO

14/12/2024
0

LONDON - Kadar kematian lemas global menurun 38 peratus sejak 2000, namun lebih 7.2 juta orang kebanyakannya kanak-kanak, masih berisiko...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd