• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gadis Temui Kekuatan Selepas Sah Hidap Kanser

oleh AK-47
21/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGI sesetengah penghidap, kanser merupakan satu bentuk ‘hukuman mati’. Namun pada gadis ini, penyakit ini membuka lembaran hidup baru buatnya.

Semasa Nadia Natasha pertama kali menyertai kumpulan sokongan belia Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia, tiada siapa sangka bahawa remaja ini sedang menjalani rawatan kemoterapi ketika itu, sehinggalah dia berkongsi cerita mengenai barah yang dihidapinya.

Nadia telah didiagnos dengan kanser Non-Hodgkins Lymphoma semasa dia berusia 16 tahun dan selepas setahun bertarung nyawa, gadis bertudung litup ini berjaya menewaskan sel kanser yang bersarang di dalam tubuhnya!

Optimistik, Nadia meneruskan cita-cita yang terpendam sejak berusia 8 tahun untuk menjadi doktor perubatan dengan menyambung pengajiannya di peringkat A-Level.

Gadis Temui Kekuatan Selepas Sah Hidap Kanser
Nadia (kiri), bercakap dengan Choo Mei Sze tentang pengalamannya sebagai penghidap kanser Non-Hodgkins Lymphoma.

Bagaimanapun, selepas berjaya memperoleh semua A dalam peperiksaannya, Nadia mendapati bahawa kansernya berulang. Diagnos kali ini memberikan satu tamparan yang lebih hebat kepada Nadia kerana dia tahu kemungkinan untuk mencapai cita-citanya menjadi seorang doktor semakin tipis akibat penyakitnya.

“Selepas mendapati bahawa kanser saya berulang, saya terpaksa mengubah perancangan masa depan kerana saya tahu, pengajian untuk menjadi seorang doktor mempunyai tahap tekanan yang tinggi dan kesihatan saya tidak mengizinkan untuk mengharungi keadaan itu,” jelas Nadia.

Gadis Temui Kekuatan Selepas Sah Hidap Kanser
Bagi Nadia, keluarga merupakan tulang belakang yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

Namun, semangat gadis manis ini amat tinggi dan dia berikrar untuk tidak putus asa.

“Keluarga merupakan tembok sokongan paling kukuh untuk saya. Ada hari yang saya rasakan pada usia 16 tahun, saya terlalu muda untuk mengharungi semua ini.

“Namun ibu saya tetap memberikan kata-kata semangat kepada saya. Pesan ibu: Perjalanan hidup kamu tidak sama dengan orang lain tetapi inilah perjalanan yang Tuhan sudah aturkan untuk kamu,” terang Nadia lagi.

Hari ini, apa yang Nadia inginkan di dalam hidupnya hanyalah untuk menghabiskan sesi rawatan kemoterapinya yang masih berbaki lagi dua tahun, dan menjalani kehidupan yang sederhana.

Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan ‘kehidupan sederhana’, Nadia berkata dia mahu berkahwin dan mempunyai cahaya mata; sesuatu yang rata-rata daripada kita tidak hargai sewajarnya.

Gadis Temui Kekuatan Selepas Sah Hidap Kanser
Kepercayaan terhadap Allah SWT memberi kekuatan kepada remaja ini untuk terus berjuang melawan kanser.

Cara Nadia menerangkan tentang penyakitnya membuktikan dirinya mempunyai kepercayaan spiritual yang tinggi dan berfikiran positif.

Tonton sendiri video temubual Nadia bersama blogger terkenal Choo Mei Sze, dan setiap ‘Like’ dan perkongsian video ini, AXA AFFIN LIfe Insurance akan mendermakan RM1 kepada Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia. - MYNEWSHUB.CC

Tags: Insuranskanser
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

Dewan Negara Lulus RUU Berkait Insurans Dan Keselamatan Pekerja

22/07/2024
1

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara pada Isnin meluluskan dua Rang Undang-Undang (RUU) di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), berkaitan...

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

Rumah RM1 Uncle Kentang Percuma Untuk Waris, Pesakit Kanser

19/07/2024
0

PUTRAJAYA - Waris dan pesakit kanser yang menerima rawatan di Institut Kanser Negara (IKN) di sini, berpeluang untuk mendiami Rumah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd