PELAKON Almy Nadia telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, malam tadi.
Berita gembira itu dikongsi suaminya, Fizz Fairuz yang juga seorang pelakon menerusi laman Instagram.
“Alhamdulilah… isteri saya @almynadia86 telah selamat melahirkan anak kedua kami pukul 9.06 pm tadi…. amin. doa yang baik2 ye…heheheh,” tulisnya.

Bagaimanapun, jantina anak keduanya itu masih lagi belum didedahkan.
Sementara itu, rata-rata peminat dilihat menzahirkan ucapan tahniah menerusi ruangan komen Instagram.
Sebelum ini, pasangan ini telah dikurniakan anak pertama perempuan, Nur Afrina Ariana pada 16 Februari tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC