Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Ketua Hizbullah Sampaikan Amanat...

BEIRUT: Ketua Hizbullah Lubnan, Hassan Nasrallah hari ini dijangka bersuara buat kali pertama...

Video: Ibu Bapa Cuai,...

SUDAH acapkali kita dengar kes kecuaian ibu bapa dan penjaga dalam hal penjagaan...

Taman Tema Angry Bird...

Angry Bird sememangnya nama besar dalam dunia games.Popularitinya membuatkan produk dan barangan berimej Angry Bird...

Rangka Kanak-Kanak Ditemui Di...

BUKIT KATIL - Sepasang kekasih sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila...

Fara Batal Majlis Pernikahan Atas Sebab Peribadi

PERSONALITI radio popular, Fara Fauzana Mohd Fadzil hari ini mengeluarkan kenyataan telah membatalkan majlis pernikahannya yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini.

Dalam kenyataan tersebut, selebriti berusia 36 tahun itu memberitahu keputusan itu dibuat atas alasan peribadi yang tidak dinyatakan.

“Jujur saya akui, keputusan untuk membatalkan pernikahan ini merupakan satu keputusan yang sukar untuk saya ambil.

“Namun setelah memikirkan perkara ini dengan sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT serta membincangkan perkara ini bersama kedua orang tua dan keluarga terdekat saya, saya tekad untuk tidak meneruskan pernikahan dan percaya bahawa keputusan ini adalah yang terbaik,” katanya memetik kenyataan media tersebut.

Fara Fauzana Kahwin Ahli Perniagaan 17 September Ini


Terdahulu, pada 1 Ogos lalu, Fara menerusi satu sidang media mengumumkan tarikh pernikahannya yang bakal berlangsung pada 17 September ini dengan seorang jejaka berasal dari Shah Alam yang dikenali sebagai Hafiz. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori