• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA Perak Sasar RM400,000 Karnival IAT Hilir Perak

oleh Ahmad Albab
09/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TELUK INTAN – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak menyasarkan RM400,000 bagi penjualan produk makanan ringan hasil pengusaha Industri Asas Tani (IAT) di Hilir Perak bersempena perayaan Aidiladha tahun ini.

Pengarah Kanan Pemasaran IAT Che Ghani Che Wan berkata sasaran itu melebihi nilai jualan sempena Karnival IAT Aidiladha tahun lepas yang bernilai RM250,000.

Menurutnya, Karnival IAT bersempena Aidiladha di Perak kali ini hanya dibuka di Menara Condong Teluk Intan sahaja kerana kawasan itu merupakan lokasi strategik dan tumpuan awam.

“Tempat ini juga merupakan kawasan jualan paling menyerlah sekali di seluruh Malaysia dengan mencatat kutipan jualan RM1.4 juta melibatkan 29 usahawan semasa karnival jualan Aidilfitri yang lalu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat gerai-gerai di Karnival IAT Aidiladha 2016 di Menara Condong Teluk Intan yang bermula Selasa hingga Ahad ini dengan penglibatan seramai 24 peserta di sekitar Hilir Perak.

Turut hadir Pengarah FAMA negeri Perak Basri Jasmo dan Timbalan Pengarah Operasi FAMA Sabri Nasir.

Che Ghani berkata disebabkan Menara Condong Teluk Intan mempunyai tarikan dan berpotensi meningkatkan peluang ekonomi kepada pesertanya, FAMA akan memasukkan Teluk Intan dalam kalendar tahunan wajib bagi karnival IAT.

Malah katanya, kerajaan negeri melalui FAMA sering membantu usahawan IAT memasarkan produk-produk mereka di beberapa pasar raya besar di dalam negara selain pengusaha sendiri memasarkannya di pusat-pusat tumpuan pelancong di negeri ini.

Sementara itu, Basri berkata 32 pasar tani akan dibuka di seluruh negeri Perak bermula Sabtu dan Ahad ini bagi memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan keperluan untuk sambutan Aidiladha.

Menurutnya, pasar tani itu dibuka bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barangan pada harga lima hingga 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran untuk 73 jenis barangan segar. – BERNAMA

Tags: FAMAPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd