Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Kerjasama PH, MUDA Belum...

KULAI: Perbincangan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) bagi...

Januzaj Tinggalkan Old Trafford,...

MANCHESTER - Penyerang Manchester United, Adnan Januzaj semalam menyertai Borussia Dortmund secara pinjaman...

KPM Perkasa Latihan Amali...

NILAI - Kementerian Pendidikan akan memperkasakan latihan amali di makmal sains sekolah di...

Parlimen Boleh Bersidang Dalam...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

ESSCOM Sahkan Kes Culik Di Perairan Pom Pom

TAWAU – Tiga kru anak kapal dikhuatiri diculik tujuh lelaki bersenjata berhampiran Pulau Pom Pom di perairan Semporna, awal pagi tadi.

Kesemua mangsa yang diculik disahkan bukan warga Malaysia, namun memegang status pemastautin tetap negara ini.

Komander Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada pukul 1.59 pagi tadi.

“Saya hanya boleh mengesahkan telah berlaku satu kes culik di mana sebuah bot telah ditahan dan tiga orang telah diculik.

“Maklumat lanjut akan dikongsi oleh Pesuruhjaya Polis Sabah dalam satu sidang akhbar,” katanya.

Dalam pada itu, The Star Online melaporkan, mangsa dipercayai dilarikan oleh kumpulan Kidnap For Ransom (KFR) ke arah Kepulauan Tawi-tawi, di selatan Filipina.


Penculikan itu berlaku beberapa hari selepas ESSCOM melaporkan pelaksanaan operasi intensif terhadap penyeludup.

Minggu lalu, pasukan keselamatan Malaysia itu dilaporkan berada dalam keadaan berjaga-jaga, susulan operasi menyeluruh tentera Filipina terhadap bagi membasmi kumpulan pengganas Abu Sayyaf. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori