• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekonomi Malaysia Kekal Kukuh, Kata PM Najib

oleh AK-47
27/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERLIN (Jerman) – Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan ekonomi negara diunjur tumbuh 4.0 kepada 4.5 peratus pada 2016, demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemimpin perniagaan Jerman.

Ekonomi berkembang empat peratus pada suku kedua tahun ini, selepas merekodkan pertumbuhan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini.

Beliau berkata sejak 2009, pendapatan negara kasar telah meningkat sebanyak hampir 50 peratus, dan 1.8 juta pekerjaan diwujudkan.

“Disebabkan asas ekonomi kita yang kukuh, Malaysia terus menarik pelaburan langsung asing dan sebenar yang besar tahun ini, yang sangat baik untuk kita,” katanya kepada pemimpin perniagaan Jerman pada sesi dialog di sini pada Selasa.

Antara syarikat yang menyertai sesi dialog itu ialah Atotech, AWS Schafer, BMW, Daimler, Osram, Volkswagen, Infineon, Bombardier Transportation, Ensinger, B.Braun, Green Sugar dan Biesterfeld International.

Najib yang juga Menteri Kewangan, kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jerman atas jemputan Canselor Angela Merkel.

Beliau berkata tahun lepas, Malaysia meluluskan pelaburan langsung asing (FDI) bernilai US$8.4 bilion.

“Saya gembira menyatakan bahawa dalam separuh pertama tahun ini, FDI yang diluluskan mencecah 83.3 peratus daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan untuk keseluruhan tahun lepas.

“Kami menjangkakan angka itu akan terus meningkatkan menjelang akhir 2016,” katanya. – BERNAMA

Tags: EkonomiNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

“Insya-Allah Kita Akan Pikul Amanah Rakyat Negeri Sembilan”

23/07/2026
0

JELEBU - "Insya-Allah kita akan memikul amanah ini dan membawa rakyat ke arah satu hala tuju yang boleh menyelesaikan, kalau...

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd