• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eain Yow Intai Gelaran Remaja Asia

oleh AK-47
09/09/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain skuasy remaja, Ng Eain Yow kini beralih perhatian kepada gelaran Asia selepas menjadi pemain Malaysia kedua memenangi gelaran remaja dunia di Poland bulan lepas.

Pemain dari Kuala Lumpur itu bakal melengkapkan gelaran peringkat umur apabila bersaing pada Kejohanan Remaja Asia Bawah 19 tahun di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil dari 20 hingga 24 September ini.

Eain Yow meraih gelaran remaja dunia itu selepas Ong Beng Hee mernjadi pemain pertama Malaysia melakukanya pada 1998 di Amerika Syarikat.

Eain Yow telah dua kali menjuarai kategori bawah 17 tahun iaitu pada 2013 dan 2014 sementara pada 2012, beliau meraih gelaran bawah 15 tahun.

“Sudah pasti, saya mahu menjuarai dan membawa balik piala itu ke Malaysia. Kita agak lama tidak memenangi kategori bawah 19 tahun,” kata Eain Yow ketika ditemui pemberita selepas pengumuman penaja acara itu, di sini, hari ini.

Kejohanan Remaja Asia ditaja oleh Yayasan CIMB iaitu penaja program pembangunan skuasy remaja CIMB.

Selepas berehat selama seminggu, pemain berusia 18 tahun itu meneruskan latihan di bawah bimbingan jurulatihnya, Andrew Cross di Bukit Jalil.

“Selepas Kejohanan Remaja Dunia, saya mendapati tahap kecergasan saya menurun sedikit. Semasa latihan, saya lebih memberi tumpuan untuk meningkatkan kecergasan dan kekuatan,” katanya.

Beliau berkata kejohanan itu bukannya mudah kerana beliau bakal berdepan cabaran sengit dari pemain-pemain Hong Kong dan India.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mahu memikirkan sangat siapa pencabarnya tetapi hanya mahu memberi tumpuan pada setiap perlawanan.

Selain Eain Yow, antara pemain remaja Malaysia terkemuka yang menyertai kejohanan itu ialah S. Sivasangari, yang menduduki tangga ketiga secara bersama pada kejohanan Remaja Perempuan Dunia bawah 19 Tahun dan Aifa Azman, juara bertahan Remaja Perempuan Britain bawah 15 Tahun.

Kejohanan Individu Remaja Asia edisi ke-23 selama lima hari itu disertai oleh 184 pemain dari 12 negara.

Selain Malaysia sebagai hos, negara lain ialah Hong Kong, Singapura, India, Pakistan, Macau, Qatar, Korea Selatan, Iran, Jepun, Jordan dan Sri Lanka.

Selaku hos, Malaysia akan diwakili oleh 48 pemain yang dipilih oleh Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM). – BERNAMA

Tags: AsiaGelaranremajaSkuasy
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd