• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lelaki Samun Kedai Emas Dalam Masa 28 Saat

oleh Ahmad Albab
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dalam masa 28 saat, dua lelaki dipercayai bersenjatakan pistol, melarikan barangan kemas bernilai RM50,000 dari sebuah kedai emas di Jalan Dato Bandar Tunggal di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, suspek yang memakai topi dan berkaca mata hitam telah masuk ke premis itu sebelum mengarahkan pekerja kedai mengeluarkan dulang berisi emas.

“Suspek mengacukan senjata tersebut ke arah tiga pekerja perempuan yang turut berada di dalam premis semasa kejadian.

“Suspek mengarahkan pekerja premis agar mengeluarkan dulang berisi emas sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata semasa kejadian, enam pekerja perempuan ada bersama dengan pemilik kedai.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek melarikan barang kemas tersebut bersama dengan dulang barang kemas berkenaan dan membuang dulang tersebut di tepi jalan berhampiran kedai emas berkenaan.

“Kejadian berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan suspek hanya mengambil masa lebih kurang 28 saat untuk melarikan sebuah dulang berisi subang emas dan anggaran kerugian kira-kira RM50,000,” kata Muhamad Zaki.

Beliau berkata premis berkenaan tidak mempunyai pengawal keselamatan sejak beroperasi 24 tahun yang lalu.

“Pihak polis sedang giat menjalankan usaha mengesan suspek dan Ops Tutup turut dilaksanakan. Rakaman CCTV dari premis sekitar akan diteliti,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes samun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd