• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Lagi Kes Zika Dikesan Babit Adik-Beradik

oleh Ahmad Albab
14/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua lagi kes jangkitan virus Zika melibatkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak enam kes dilaporkan di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kes kelima melibatkan wanita berumur 35 tahun yang hamil dua bulan di Miri, dan pernah bekerja di Singapura sebelum ini.

Kali terakhir wanita itu melawat Singapura selama enam hari iaitu antara 24 hingga 29 Julai, katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pesakit itu telah ke klinik swasta di Miri pada 6 Sept lepas kerana mengalami demam yang berpanjangan dan selesema serta sakit tekak.

“Keputusan ujian Zika yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur dan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan keputusan adalah positif untuk Zika,” katanya.

Dr Subramaniam berkata, pesakit itu telah dimasukkan ke hospital di Miri pada Ahad lepas untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata, kesemua enam anggota keluarga yang tinggal serumah dengan wanita itu tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika.

Bagaimanapun, katanya, kakaknya berusia 39 tahun dan tinggal di Setapak pula turut dijangkiti virus Zika selepas dimasukkan ke hospital di Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Menurutnya wanita itu mula menunjukkan gejala ruam selepas mengunjungi adiknya di Miri pada 26 Ogos lepas sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 6 Sept.

Sementara itu, berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan sejak 1 Sept hingga 14 Sept lepas, sebanyak 68 kes yang didapati mempunyai tanda-tanda virus Zika telah dilaporkan, namun kesemua keputusan ujian adalah negatif, katanya.

“Kementerian ingin mengingatkan semua masyarakat termasuk wanita hamil, perlu melindungi diri dari gigitan nyamuk Aedes dengan menggunakan repelen atau pakaian cerah serta menutup anggota badan,” katanya.

Beliau berkata penggunaan aerosol juga digalakkan di dalam rumah terutama di bawah meja, belakang langsir atau tempat-tempat yang gelap terutamanya pada waktu nyamuk aktif menggigit antara 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang.

Bagi individu yang mengalami gejala seperti demam, ruam dan konjunktivitis serta mempunyai sejarah melawati kawasan yang melaporkan Zika juga dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera, katanya. – BERNAMA

Tags: Zika
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kanak-Kanak 1 Tahun Mati Lemas Dalam Kereta Bapa

Next Post

Cerita Jerawat Batu, Hafreez Jadi Bahan Sindiran

Related Posts

Mangsa Zika Selamat Lahirkan Bayi Normal

12/02/2017
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita mengandung dari Johor Bahru yang dijangkiti virus Zika telah selamat melahirkan bayi perempuan tanpa mikrosefali, kata...

Pesakit Virus Zika Pertama Di Malaysia Beransur Sihat

04/11/2016
0

SHAH ALAM - Wanita berusia 58 tahun dari Bandar Botanik, Klang, yang merupakan rakyat Malaysia pertama dijangkiti virus Zika pada...

Next Post

Cerita Jerawat Batu, Hafreez Jadi Bahan Sindiran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd