• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Geng Samun ‘Rizal Kundang’ Ditahan Polis

oleh AK-47
23/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua daripada empat anggota kumpulan samun Geng ‘Rizal Kundang’ yang kini menjadi buruan polis, ditahan di Kundang, Sungai Buloh, dekat sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt. Dr. Abdul Aziz Awang Darus berkata lelaki dan wanita itu ditahan pada kira-kira 1 pagi tadi kerana disyaki terlibat kes samun di Kuang, minggu lepas.

“Dua individu yang ditahan itu berumur lingkungan 20-an kini direman selama lima hari bermula hari ini.

“Manakala suspek lelaki yang cedera ditembak polis semalam direman selama empat hari bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata polis masih memburu dua lagi suspek kumpulan berkenaan yang telah dikenal pasti identiti mereka.

Semalam, ketua geng berkenaan yang dikenali sebagai Rizal, 42, cedera ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis di Desa Coalfields, Sungai Buloh.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, polis yang sedang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta Naza Citra berwarna merah dalam keadaan mencurigakan dan apabila diminta berhenti pemandunya terus memecut laju.

Anggota polis yang mengejar kereta suspek terpaksa melepaskan beberapa das tembakan mengenai tayar sebelah kiri kereta berkenaan.

Sejurus selepas tembakan dilepaskan, suspek berhenti dan menurunkan seorang rakannya di tepi jalan dan meneruskan perjalanan sejauh satu kilometer lagi ke Desa Coalfields.

Berikutan itu, polis terpaksa mengejar kereta suspek manakala rakan suspek berjaya meloloskan diri di tepi jalan berkenaan.

Polis yang mengejar suspek melepaskan lima das tembakan yang satu daripadanya mengenai bahu kiri lelaki itu dan menyebabkan suspek tidak dapat mengawal kenderaannya dan berhenti di tepi sebuah kedai serbaneka sebelum ditahan anggota polis. – BERNAMA

Tags: kes samunrizal kundang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

Suspek Mati Ditembak Polis: Dikehendaki Kes Samun, Tokan Dadah

16/03/2025
0

Kuala Terengganu: Lelaki yang ditembak mati di Besut pagi semalam dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd