• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kilang Musnah Dalam Kebakaran Di Seremban

oleh Ahmad Albab
29/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua kilang iaitu kilang membuat acuan seramik dan kilang membuat mainan kanak-kanak musnah dalam kebakaran di kawasan perindustrian Tuanku Jaafar di sini, hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata kejadian yang berlaku pada pukul 1.26 tengah hari turut mengakibatkan dua pekerja kilang membuat mainan kanak-kanak itu cedera.

“Mereka yang cedera ialah seorang pekerja Bangladesh dan seorang warga Myanmar. Kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kejadian berpunca daripada kilang membuat acuan seramik yang kemudiannya merebak ke kilang mainan kanak-kanak itu.

“Bagaimanapun, kami berjaya mengawal kebakaran setengah jam kemudian selepas tiba di lokasi pada pukul 1.36 tengah hari. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 3 petang.

“Kami juga berjaya menyelamatkan sebuah bengkel kereta dan kilang membuat tilam daripada turut musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Seramai 25 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Seremban, Rembau dan Seremban 2 dikerah ke lokasi kejadian.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pendaftaran Pengundi: Boleh Lagi Selepas 30 September

Next Post

Surat Palsu: Polis Tunggu Laporan Pejabat MB Perak

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Surat Palsu: Polis Tunggu Laporan Pejabat MB Perak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd