• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Data Pengusaha Taska Mohon Kecuali Gaji Minimum Dikumpul

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mengumpul data daripada pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) untuk mereka memohon pengecualian pelaksanaan perintah gaji minimum.

Timbalan Menterinya Datin Datin Paduka Chew Mei Fun berkata data yang sedang dikumpul oleh pengusaha Taska itu antaranya merangkumi jumlah kanak-kanak dalam jagaan serta kos operasi mereka.

“Sejak perintah gaji minimum dilaksanakan, ada pengusaha Taska yang tidak dapat meneruskan operasi, ada yang gulung tikar kerana perlu menanggung kos yang tinggi termasuk kos sewaan (bangunan),” katanya.

Chew bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Kolaborasi Kebangsaan ke-18 Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia di sini hari ini.

Perintah Gaji Minimum 2016 berkuat kuasa pada 1 Julai lalu dengan penetapan pembayaran RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM920 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Selain itu, Chew mengulangi saranan supaya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat memudahkan urusan permohonan pembukaan Taska khusus di kawasan perumahan bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja menghantar anak mereka.

Tambahnya sehingga Ogos lepas, terdapat sebanyak 4,261 Taska yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan daripada jumlah itu, 344 beroperasi di Perak.

“Kita juga telah mengenal pasti terdapat kira-kira 983 Taska yang beroperasi tidak berdaftar dengan JKM tetapi ada antaranya sedang dalam proses permohonan pendaftaran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gaji Minimumtaska
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

TASKA Di Johor Kekal Beroperasi, PDK Dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Ditutup Lima Hari Akibat Jerebu

11/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Semua Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di Johor akan terus beroperasi seperti biasa sepanjang tempoh penutupan sekolah selama...

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

Kenaikan Gaji Minimum RM2,000: Netizen Mula Luah Kebimbangan Harga Barang, Kos Sara Hidup Turut Melonjak

09/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd