RAPPER Cat Farish mendedahkan dirinya sudah kembali solo selepas bercerai April lalu.
Cat juga tanpa berselindung mengakui sikapnya yang terlalu mementingkan kerjaya menjadi punca penceraian di antara dirinya dan bekas isteri yang merupakan seorang pendakwaraya, Hartini Ramly.
Menurutnya, keputusan itu dibuat atas perbincangan bersama dan mereka berpisah dengan cara baik.
Memetik Harian Metro, Cat berkata, “Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami. Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan saya.”
Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan; 42, dan Hartini berkahwin sembilan tahun lalu dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga anak, Nia Karlyssa; 9, Eva Latheefa; 6, dan Qul Iskandar; 5. – MYNEWSHUB.CC


