Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Imej Politik Islam Terjejas...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa Imej...

Syed Saddiq Politikkan Projek...

Bagi memahami isu projek mega Maharani Energy Gateway yang dikecohkan Ahli Parlimen Muar,...

Malu Terjatuh, Presiden Zimbabwe...

GARA-GARA gagal menjaga keselamatan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe sehingga figura yang dikenali sebagai seorang...

PAN Umum Calon PRK...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) akan mengumumkan calon parti itu bagi...

Calon Suami Fara Fauzana, Berstatus Suami Orang?

BELUM pun reda berita pengacara dan penyampai radio popular, Fara Fauzana membatalkan perkahwinan pada saat akhir, tiba-tiba peminat hiburan dikejutkan pula dengan desas-desus mengenai status calon bakal suaminya.

Menurut seorang sumber kepada Harian Metro, perkahwinan itu dibatalkan secara drastik disebabkan oleh status Hafiz yang masih lagi merupakan suami orang.

Jelas sumber itu lagi, Fara baharu sahaja mendapat tahu mengenai perkara itu apabila tarikh perkahwinannya semakin dekat.

“Silap dia sendiri sebab tak berterus-terang, sepatutnya dia perlu jujur. Akhirnya status perkahwinannya ‘kantoi’ dengan Fara.

“Dalam perkara ini dia tak boleh sorok. Bukan apa, ia perkara sensitif. Apatah lagi Fara golongan selebriti terkenal. Mahu atau tidak, perkara ini pasti menjadi heboh,” tulis Harian Metro.


Tambah sumber itu, ekoran enggan menjadi isteri kedua kepada Hafiz yang juga ahli jawatan kuasa satu parti politik di ibu kota, Fara mengambil keputusan membatalkan majlis tersebut.

Terdahulu, Fara membuat kenyataan rasmi memaklumkan perkahwinannya bersama jejaka bernama Hafiz yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dikongsikan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori