• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bulu Ketiak Punya Pasal, Siswi Cantik Teruk Dihina

oleh AK-47
11/09/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG mahasiswi dari Belgium mempunyai cara ‘unik’ tersendiri untuk mempamerkan kecantikan tubuh badannya menerusi laman sosial, yang jarang dilakukan oleh mana-mana perempuan.

Cara kreatif yang dibawa Laura De bagaimanapun mengundang kata-kata hinaan dan cacian dari netizen laman sosial

Ini kerana, dia memuat naik gambar yang memperlihatkan dirinya mempunyai bulu ketiak yang lebat dan panjang.

Bulu Ketiak Punya Pasal, Siswi Cantik Teruk Dihina

“Melihat foto ini, awak membuatkan saya muntah hingga 146 kali,” tulis seorang netizen.

Lebih melampau, ada netizen yang menggelarkannya ‘perempuan murahan’ dan ‘khinzir’. Tidak kurang juga yang beranggapan, gadis ini sengaja mahu cari publisiti.

Menerusi foto kontroversi yang dikongsikan Laura memberitahu, tujuannya memuat naik gambar itu kerana mahu memberi inspirasi kepada semua wanita agar tampil yakin tanpa memikirkan standard kecantikan yang tidak masuk akal.

“Aku tak perlu orang lain mengatur apa yang aku lakukan pada tubuhku, bentuk tubuhku, dan penampilanku. Salah satu hal paling buruk di dunia adalah wanita tertekan kerana terpaksa mencabut dan mencukur rambut atau bulu tubuh karana tidak mahu berasa malu,” tulisnya.

Gambar itu sebenarnya merupakan antara projek jurufoto bernama Florence Lecloux.

Dua minggu setelah memuat naik gambar kontroversi itu, Laura kembali memuat naik gambar ketiaknya lagi. Namun kali ini, ketiaknya licin dan bersih tanpa sebarang bulu.

Bulu Ketiak Punya Pasal, Siswi Cantik Teruk Dihina

“Tubuhku, pilihanku,” tulisnya dalam foto baru tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bulu Ketiak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Januhairy’ Trend Bela, Warnakan Bulu Ketiak

17/01/2019
0

SELEPAS cabaran tidak bercukur bulu ketiak pada November lalu, wanita seluruh dunia kini meraikan pergerakan 'Januhairy'. Kononnya ia antara langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd