Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

Kes Seleweng Dana Selangor:...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat pemimpin DAP, Teresa...

Tuhan Tidak Mahu Semua...

KUALA LUMPUR - UMNO Selangor melahirkan rasa kesal kerana bekas Perdana Menteri, Tun...

Kes Kebakaran Sepang: Belum...

POLIS telah mengambil keterangan daripada anggota keluarga, jiran dan pemilik rumah sewa untuk...

Ahmad Bashah Sudah Semakin...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah semakin...

Bersabar Dan Berbijaklah Wahai Ulama Ultra

PERANG sentimen Sunni dan Wahabi menyala lagi di negara ini. Perang catatan di media baharu dan laporan di media massa meriuhkan keadaan dengan kadar sensasi yang luar biasa.

Ia macam satu kelangsungan perang psiko berbanding perang ilmu. Lebih kepada perang ego berbanding perang moral.

Kali ini di tengah-tengah kemelaratan ketika umat Islam ditindas dan dicabar dalam pelbagai krisis antarabangsa dan domestik, puak ultra dalam sunni dan wahabi sibuk berlaga. Perlagaan idea dan emosi ketika umat sudah penat melihat aksi jelik mereka.

Kita memulakan sesuatu ketika kita sudah melihat akibatnya. Tiada yang menguntungkan mana-mana pihak, kecuali bencana kepada Islam akhirnya akibat pertikaian tidak berpenghujung ini.

Pertembungan sensasi di laman terbuka sekali pun dengan hujah mapan tidak sedikit pun menampakkan antara mereka ini ada kecerdikkan. Serangan dengan tuduhan saling sesat dan menyesatkan menampakkan kebodohan antara mereka masih tebal. Atau sedang mengalami kebutaan, ketika realiti sejagat dan domestik memberikan petunjuk, perpecahan ummah hanya akan semakin melemahkan Islam.

Kita sedang berdepan dengan pelbagai isu aganeda asing dan konflik mazhab yang telah pun menyerang dan melemahkan Islam di segenap benua. Tetapi puak ultra sunni dan ultra Wahabi masih belum juga celik. Malah, sibuk mempromosi kebencian dan dendam.

Berhentilah. Jangan jadi seorang yang cangak; istilah tidak faham realiti. Lihatlah masalah ummah sedia ada. Jangan cuba berjaguh kalau akhirnya sekadar menjadi ilmuan yang jumud dan sempit akal. Umat Islam sudah muak. Muka-muka kaki gaduh kelas gusti media ini, dari dulu sampai sekarang adalah orang yang sama. Orang yang cetek akalnya!

Kalau tidak cetek, kenapa bertempik menyeru permusuhan ketika kita semua sedang berdepan dengan konflik lebih besar yang sedang melanda dunia Islam hari ini?


Apakah mereka lalai dan melupakan; bagaimana perbezaan berterusan menyebabkan 300 ribu umat mati begitu saja dalam krisis politik, yang berkembang biak menjadi krisis mazhab di Syiria?

Bagaimana Mesir dan Libya masih dalam kegelapan kerana pertelingkahan umah yang berterusan mengenai mazhab dan idelisme?

Kalau dua puak ini nampak selenga, minta ulama yang cerdik sedikit, tolonglah nasihatkan mereka.

Katakan: “Jangan memekak kita agama sedang teruk dihentam oleh musuh yang nyata!”

Simpan sebentar dendam lama. Lihat ke depan dan rungkaikan krisis yang kini sedang meruntuhkan kita semua di seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori