• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Staf KPWKM Dipenjara 21 Tahun, Denda RM9.24j

oleh Ahmad Albab
28/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas penolong pegawai di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 21 tahun dan denda RM9,248,554 juta oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan rasuah membabitkan projek kemasyarakatan kerajaan berjumlah RM18.6 juta.

Hakim Allaudeen Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan terhadap tujuh pertuduhan dihadapi Hazmi Samsudin, 41, yang ketika itu bekerja di unit Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) kementerian itu.

Hazmi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlahnya 21 tahun dan denda berjumlah RM9,248,554 bagi kesemua pertuduhan atau penjara empat tahun enam bulan, jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun tertuduh, yang sekadar menundukkan kepalanya ketika mendengar keputusan itu, hanya perlu menjalani hukuman penjara tiga tahun sehaja selepas hakim memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.

Sebanyak 41 saksi pihak pendakwaan dan dua saksi pihak pembelaan termasuk tertuduh, memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu.

Mahkamah membenarkan permohonan peguam Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim, yang mewakili Hazmi, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM70,000 kepada RM80,000.

Bagi pertuduhan pertama, Hazmi didakwa meminta suapan bagi projek kemasyarakatan 1Azam bagi menaik taraf dan membaik pulih balai raya, dewan masyarakat, surau dan masjid membabitkan 10 peratus daripada nilai keseluruhan projek bernilai RM18 juta daripada empat individu iaitu Zainal Arifin Lahuri, Zamzuri Abdullah, Fadzil Anuar Ahmad dan Mohd. Khairil Isma Abdullah Bacha.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No.1, Jalan PH 2, Putra Heights, Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi, Hulu Langat, Selangor, pada hujung 2010.

Bagi pertuduhan kedua hingga ketujuh, Hazmi didakwa memperoleh rasuah 10 peratus bagi setiap enam projek kerajaan di Manjung, Perak termasuk menaik taraf dan membaik pulih dewan, yang keseluruhannya bernilai RM596,628 melalui enam syarikat berlainan dengan perantaraan Zainal Arifin.

Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Aras 1-6, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Datuk Onn, di sini, antara Mei 2011 dan Jun 2011.

Kesemua pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 17(a) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan, atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, dalam rayuan untuk mengurangkan hukuman, Mohd Baharuddin berkata anak guamnya yang kini telah hilang pekerjaan perlu menanggung keluarga dan telah insaf atas perbuatan yang dilakukan.

“Anak guam saya telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM sepanjang siasatan dilakukan dan ini kesalahan pertama tertuduh,” kata peguam itu yang turut memaklumkan anak guamnya telah berkhidmat selama 18 tahun sebagai pegawai kerajaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib daripada SPRM. – BERNAMA

Tags: Penjararasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Krisis Tebusan Budak 2 Tahun Ditawan 17 Jam Tamat

Next Post

Lucu! Pam Minyak Tersekat Dilarikan Kancil

Related Posts

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

Ejen PUSPAKOM Ditahan SPRM Kerana Rasuah Nombor Giliran RM40,000

21/03/2025
1

KUALA LUMPUR: Seorang ejen pusat pemeriksaan kenderaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah mendapatkan nombor giliran...

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

Penjawat Awam Direman Lima Hari Bantu Siasatan Minta Rasuah RM3,000

10/03/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dakwaan meminta rasuah RM3,000 sebagai...

Next Post

Lucu! Pam Minyak Tersekat Dilarikan Kancil

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd