• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa, Dua Anak Ditemui Mati Dalam Rumah

oleh AK-47
27/09/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga beranak ditemui mati dalam sebuah apartment di Taman Sri Sinar, Kepong, petang tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mayat mangsa, Cheah Hing Soon, 34, ditemui terlentang di bilik utama sementara mayat dua anaknya ditemui dalam bilik berasingan.

Menurutnya, mayat kanak-kanak perempuan dan bayi lelaki yang dikenali sebagai Cheah Kai Sze, 3 tahun dan Cheah Kai Wen, 7 bulan ditemui dalam bilik kedua rumah apartmen dua tingkat itu.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat.

“Siasatan awal mendapati tiada kesan pecah masuk namun keadaan rumah tersebut tidak terurus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis tidak menemui senjata yang boleh dikaitkan dengan kejadian.

Susulan kejadian itu, isteri mangsa yang dikenali sebagai Kaw Mei Yen, 35, ditahan untuk siasatan.

Ketiga-tiga mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kepongkes bunuhpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Video: ‘Tiada Siapa Yang Meninggal’ – Safee Sali

Next Post

Kerana Geram, Guru Conteng Muka Anak Murid…

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Kerana Geram, Guru Conteng Muka Anak Murid...

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd