Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

Youk Bunkface Sah Bergelar...

TAHNIAH diucapkan buat ahli kumpulan Bunkface, Youk Jaffar yang telah selamat mendirikan rumah...

Suspek Kes Tembak Toronto...

TORONTO - Lelaki yang dituduh menembak 15 orang dan membunuh dua lagi di...

Video: Budak Nangis Teresak-Esak...

TINDAKAN seorang guru yang menjerit dan menengking anak didiknya dalam kejadian di sebuah pusat...

Kelantan Rekod 57 Kes...

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) merekodkan sebanyak 57 kes jangkitan...

Banjir: Tabika Perpaduan Diarah Buat Persiapan

PASIR PUTEH – Sebanyak 107 Taman Bimbingan Kanak-kanak Perpaduan (Tabika) di Kelantan terutama di kawasan berisiko tinggi diancam banjir diarah membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana itu bermula bulan depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Shukri Omar berkata simulasi menyelamat juga perlu diadakan di setiap tabika bagi memastikan keselamatan 2,553 kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun jika berlaku banjir mengejut.

Beliau berkata antara kawasan yang berisiko termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Pengurusan tabika juga diarah supaya memastikan segala peralatan mengajar, barangan elektronik, kerusi dan meja berada di kawasan yang lebih selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Pasir Puteh/ Bachok di sini, hari ini.


Shukri berkata banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 seharusnya dijadikan pengajaran untuk mengatur langkah pencegahan awal yang lebih sistematik.

Katanya bencana tersebut menyebabkan kelas tabika mengalami kerosakan teruk merangkumi bangunan, kerusi, meja dan peralatan mengajar yang dianggarkan lebih RM600,000. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori