• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Tabika Perpaduan Diarah Buat Persiapan

oleh AK-47
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Sebanyak 107 Taman Bimbingan Kanak-kanak Perpaduan (Tabika) di Kelantan terutama di kawasan berisiko tinggi diancam banjir diarah membuat persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan berlaku bencana itu bermula bulan depan.

Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kelantan Shukri Omar berkata simulasi menyelamat juga perlu diadakan di setiap tabika bagi memastikan keselamatan 2,553 kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun jika berlaku banjir mengejut.

Beliau berkata antara kawasan yang berisiko termasuk Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Mas.

“Pengurusan tabika juga diarah supaya memastikan segala peralatan mengajar, barangan elektronik, kerusi dan meja berada di kawasan yang lebih selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pintar Kreatif Tabika Perpaduan Pasir Puteh/ Bachok di sini, hari ini.

Shukri berkata banjir besar yang melanda Kelantan pada 2014 seharusnya dijadikan pengajaran untuk mengatur langkah pencegahan awal yang lebih sistematik.

Katanya bencana tersebut menyebabkan kelas tabika mengalami kerosakan teruk merangkumi bangunan, kerusi, meja dan peralatan mengajar yang dianggarkan lebih RM600,000. – BERNAMA

Tags: tabika
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

180 Tabika, Taska Ditutup Akibat Penularan HFMD

28/05/2022
0

KUANTAN: Sebanyak 180 taman bimbingan kanak-kanak (tabika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) di seluruh negara...

Prasekolah, Tabika Dibuka Bermula 1 Julai

15/06/2020
0

KUALA LUMPUR - Semua prasekolah dan tabika akan dibuka kembali bermula 1 Julai ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd