Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Inkues EIMARace: Penganjur Rayu...

KUANTAN - Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu bahawa penganjur Perlumbaan Automatif...

AMK Bimbang Jumlah Pelarian...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak bimbang dengan bilangan pelarian Rohingya...

Warkah Dari PWTC Buat...

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengutuskan 'Warkah...

2 NGO Buat Lapor...

KUALA LUMPUR - Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis...

Atikah Suhaime Nafi Gambar Bogel Adalah Dirinya

BAHARU bertapak dalam industri seni, nama Atikah Suhaime sudah terpalit cerita panas apabila gambar bogel dikatakan miripnya bersama-sama seorang lagi aktor kacak, Idris Khan tersebar menjadi viral di media sosial.

Pun begitu, aktres tersebut tetap bertegas menafikan gambar bogel itu adalah dirinya.

“Itu bukan saya! Saya sendiri tidak sanggup dan belum melihat gambar itu. Jadi, saya menafikan itu adalah saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Atikah, ibunya sudah melihat gambar tersebut dan memintanya untuk bersabar.

Dalam pada itu, Atikah enggan lebih mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan pihak pengurusan untuk tindakan lanjut termasuk mahu membuat laporan polis atau tidak.

“Untuk tindakan lanjut, saya tiada kuasa untuk bercakap lebih. Saya serahkan kepada pihak pengurusan,” katanya.


Sementara itu, Atikah akui sejak gambar itu itu tersebar dia tidak berhubung dengan Idris.

“Perkara ini sangat sensitif. Jadi, lebih baik kami tidak berhubung. Apa pun tindakannya selepas ini, terpulang kepada dia. Untuk saya, pihak pengurusan yang akan selesaikan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

=

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori