Wednesday, June 19, 2024

Creating liberating content

Kerani Am Kerajaan Antara...

SHAH ALAM - Polis menahan lima suspek termasuk seorang kakitangan kerajaan dan merampas...

Wanita Maut Tercampak Dari...

ALOR SETAR - Seorang wanita maut selepas tercampak keluar apabila kereta yang dipandu...

Program ‘Kongsi Berita’ Taruhan...

BUAT julung kali stesen penyiar TV AlHijrah tampil dengan rancangan infotainment terbaru berlandaskan...

Jakim, Jain, SKMM Wujud...

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam...

AS Teruskan Kerjasama Dengan JIT Siasat Nahas MH17

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kirby juga meminta negara lain yang mempunyai kedudukan untuk membantu, bekerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat diadili.

Semalam, Belanda yang mengetuai JIT, membuat kesimpulan dalam laporan interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Sementara itu, menurut kenyataan dari laman web pasukan Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu, dikawal oleh pejuang pro-Rusia.


“Walaupun tiada apa yang boleh memadamkan kesedihan mereka yang kehilangan insan yang disayangi pada hari tragik itu, pengumuman ini adalah satu lagi langkah ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan,” kata Kirby dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia di sini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MH17

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori