Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Orlando Bloom Nafi Hubungan...

Mereka dilihat kembali bersama setelah penyanyi genit, Selena Gomez putus kasih dengan Justin...

Video: Padah Langgar Lampu...

AKIBAT ingin mengejar lampu isyarat hijau di persimpangan jalan, seorang pemandu bakal mengalami...

Dakwaan Bos ‘Raja Dadah...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak...

Sabah Perlu Diberi Perhatian...

KOTA KINABALU - Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembangunan yang sama...

AS Teruskan Kerjasama Dengan JIT Siasat Nahas MH17

KUALA LUMPUR – Amerika Syarikat hari ini sekali lagi menegaskan komitmennya akan terus bekerjasama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) untuk menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, John Kirby juga meminta negara lain yang mempunyai kedudukan untuk membantu, bekerjasama sepenuhnya bagi membolehkan pihak yang bertanggungjawab dapat diadili.

Semalam, Belanda yang mengetuai JIT, membuat kesimpulan dalam laporan interim bahawa MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk yang dibawa dari Rusia ke Ukraine.

Sementara itu, menurut kenyataan dari laman sesawang pasukan Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda, pelancar peluru berpandu Buk dilancarkan dari sebuah ladang berhampiran bandar Pervomaiskyi, yang pada ketika itu, dikawal oleh pejuang pro-Rusia.

“Walaupun tiada apa yang boleh memadamkan kesedihan mereka yang kehilangan insan yang disayangi pada hari tragik itu, pengumuman ini adalah satu lagi langkah ke arah membawa mereka yang bertanggungjawab melakukan serangan itu ke muka pengadilan,” kata Kirby dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Malaysia di sini.

Kirby berkata dapatan itu menyokong kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry selepas tragedi MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara yang dilancarkan dari wilayah yang dikuasai kumpulan pemisah disokong Rusia, di timur Ukraine.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17, dan hanya itu satu-satunya cara.

Pesawat MH17 ditembak semasa berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di kawasan Ukraine yang bergolak dekat sempadan Rusia.

Pesawat Boeing B777 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, apabila ditembak di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia.

Tahun lepas, Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra mengesahkan MH17 ditembak jatuh menggunakan pelancar peluru berpandu Buk darat ke udara di timur Ukraine.


Laporan itu dibentangkan selepas 15 bulan penyiasatan dijalankan dengan Pasukan Penyiasat Bersama dari Belanda, Ukraine, Malaysia, Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Bagaimanapun, Kedutaan Persekutuan Rusia, di sini hari ini melahirkan rasa kecewa berhubung dapatan itu dan mendakwa siasatan itu berat sebelah dan bermotifkan politik.

Dalam kenyataan ia berkata ‘tiada apa-apa perubahan dalam hasil siasatan berhubung pesawat Boeing terhempas’ walaupun kesimpulan telah dicapai oleh Pejabat Pendakwa Raya Awam Belanda.

Menurut kenyataan itu, Rusia dari awal lagi mencadangkan agar dapat bekerja bersama-sama dan bergantung kepada fakta, tetapi penyiasat antarabangsa mengetepikan Rusia daripada mengambil bahagian dalam siasatan itu sebaliknya memberi peranan tidak berapa penting atas usahanya itu.

“Ia kedengaran seperti jenaka tetapi sebaliknya mereka memasukkan Ukraine sebagai anggota penuh JIT, membolehkan ia memalsukan bukti dan mengawal perkara itu mengikut kehendak mereka,” menurut kenyataan tersebut.

Rusia juga mendakwa para penyiasat terus mengabaikan bukti yang tidak dapat disangkal, walaupun ia pada dasarnya adalah satu-satunya negara yang mempunyai dan menyediakan maklumat yang boleh dipercayai dan terus mendedahkan maklumat baharu.

“Kami berharap sekarang Rusia telah memindahkan bukti yang tidak dapat dipertikaikan kepada JIT seperti imej radar awal, dan mana-mana pakar akan memahami kenapa ia tidak boleh dipersoalkan – keadaan akan berubah dan kesimpulan akhir JIT, tidak sama seperti dapatan awal, akan mencerminkan kebenaran dan menghala kepada pelaku sebenar tragedi ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori