Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Potong Anu: Mahkamah Tetap...

KUALA PILAH - Mahkamah Sesyen Kuala Pilah hari ini menetapkan 25 April depan...

7 Planet ‘Bumi’ Ditemui...

PARIS - Para pengkaji antarabangsa mengumumkan penemuan menakjubkan tujuh planet seakan-akan Bumi, yang...

#QuranHour: Alunan Ayat Suci...

SINTOK - Alunan ayat-ayat suci al-Quran yang dibaca 400 peserta program World #QuranHour...

Tentera Arab Saudi Terbunuh...

ADEN - Puluhan militan Houthi terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Arab Saudi di...

Anih Keluar Cadangan Waktu Perjalanan Sempena Aidiladha

KUALA LUMPUR – Pengguna lebuh raya Lebuhraya Kuala Karak (KLK) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1) disaran supaya mematuhi Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas pada sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

ANIH Berhad selaku pemegang konsesi KLK dan LPT 1 dalam satu kenyataan mengeluarkan TTA untuk membantu pengguna menikmati perjalanan yang selesa di KLK dan LPT 1 pada waktu puncak di musim cuti perayaan ini.

“Jadual TTA untuk perayaan Aidiladha kali ini menyarankan pengguna dari Lembah Klang menuju ke Pahang pada 10 dan 11 September memasuki KLK dan LPT 1 pada pukul 12 tengah hari hingga 3 petang atau antara 7 malam hingga 11 malam.

“Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pula dinasihatkan memasuki lebuh raya antara pukul 6 pagi hingga 11 pagi atau pukul 5 petang hingga 8 malam,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, pengguna dari Pahang yang ingin kembali semula ke ibu kota pada 17 dan 18 September ini pula dinasihatkan memasuki lebuh raya pada pukul 6 pagi hingga 10 pagi atau 7 malam hingga 11 malam.

Manakala, pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya pada pukul 8 pagi hingga 11 pagi atau 8 malam hingga 10 malam, sementara pengguna dari Kelantan menggunakan lebuh raya bermula pukul 5 petang hingga 9 malam atau 9 malam hingga 12 tengah malam.


“Pengguna boleh merujuk kepada jadual TTA di laman sesawang ANIH Berhad di www.anihberhad.com, mengikuti laman Twitter @LPTTrafik atau Facebook Lebuhraya Pantai Timur,” kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, pengenalan TTA bertujuan menyuraikan pergerakkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza-plaza tol dan kawasan rehat pada waktu-waktu puncak. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori