• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anifah Lahirkan Sanjungan Kepada Obama

oleh Ahmad Albab
24/09/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW YORK – Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman menyatakan sanjungan kepada Presiden Amerika Syarikat Barack Obama kerana peranannya memperkukuh hubungan antara AS dengan ASEAN, gabungan 10 negara Asia Tenggara.

Diplomat kanan Malaysia itu berkata Obama berperanan dengan cara AS melibatkan rantau ini secara aktif menerusi dasar ‘Berpaksikan Asia’.

Bercakap pada mesyuarat tidak formal para Menteri ASEAN-AS di sini, beliau berkata di bawah pentadbiran presiden itulah Hubungan Dialog ASEAN-AS naik kepada status Perkongsian Strategik.

“Kami berharap penggantinya akan terus melibatkan rantau ini secara positif dan aktif,” kata Anifah, dan menambah kalangan ASEAN begitu terasa ketiadaan Obama kelak.

Diadakan di luar sesi ke-71 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, mesyuarat itu dihos oleh Setiausaha Negara AS John Kerry dan kerajaan AS.

Anifah berkata usaha Obama dan Kerry, bersama para pemimpin Asean, telah menghasilkan kedudukan hubungan ASEAN-AS yang gemilang hari ini.

Beliau berkata, Malaysia, seperti semua anggota ASEAN, menghargai peranan AS dalam memelihara keamanan, keselamatan, kestabilan dan kemakmuran di rantau berkenaan.

Beliau menarik perhatian bahawa kerjasama dalam isu-isu serantau dan antarabangsa dan dalam menghadapi cabaran tradisional dan bukan tradisional terus meningkat meliputi aneka isu termasuk terrorisme, keselamatan siber, perubahan iklim, masalah migran tidak menentu, maritim dan hal-hal lain.

“Kami amat berharap untuk terus bekerjasama rapat dengan AS, demi meningkatkan perkongsian strategik kita dalam semua bidang kepentingan bersama,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: Anifah AmanBarack Obama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

Jho Low Bayar AS$20 Juta Untuk Bergambar Dengan Obama

19/04/2023
0

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dikatakan membayar penyanyi rap Pras Michel AS$20 juta untuk bergambar dengan presiden AS Barack...

Pemimpin Warisan Hina Pejuang Lahad Datu – Anifah

21/09/2020
0

KOTA KINABALU - Presiden Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Seri Anifah Aman kesal dengan ucapan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd