• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anggota UMNO Diingat Tak Amal Sentimen Emosi

oleh Ahmad Albab
10/09/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mengingatkan seluruh anggota parti agar tidak terikut-ikut mengamalkan sentimen emosi termasuk sentimen kenegerian.

Katanya, amalan itu hanya membawa kepada polemik perpecahan kerana sentimen sedemikian tidak pernah membina ke arah semangat perpaduan.

“Perkara sebegini perlu kita sedarkan kepada orang ramai bermula dari ahli-ahli kita sendiri.

“Kalau semua memainkan sentimen emosi (kenegerian) kadangkala akhirnya emosi boleh mengambilalih pemikiran yang rasional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kalabakan dekat sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai sentimen ‘Sabah for Sabahans’ yang dimainkan individu tertentu.

Terdahulu dalam ucapannya, Hishammuddin merangkap Menteri Pertahanan mempersoalkan apakah tindakan individu tertentu yang memainkan sentimen Sabah for Sabahans sebagai retorik politik atau laungan keikhlasan.

“Pihak yang emosi bersandarkan kepada kemarahan, kebencian dan kerakusan akan berakhir memainkan sentimen perpecahahan…Sabah for Sabahans.

“Sesungguhnya sentimen itu tiada tempat dalam kesinambungan perjuangan UMNO,” katanya.

Menurutnya, ketika Sabah diceroboh pengganas Sulu, kerajaan tidak pernah mempertikaikan sentimen Sabah for Sabahans sebaliknya meletakkan kepentingan utama adalah keselamatan rakyat di negeri itu. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

PRU15: [RASMI] Hishammuddin Menang Di Sembrong

19/11/2022
0

PETALING JAYA – Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berjaya mempertahankan kawasan Parlimen Sembrong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari...

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

Tuduh Tentera Undi Awal: Anwar Keterlaluan – Hishammuddin

12/11/2022
0

PRU15 | Dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera di Bera, Pahang, sudah mengundi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd